Menyebut tentang Akon mungkin ramai yang cukup dengan rapper yang terkenal dengan lagu Lonely dan Right Now.

Setelah agak lama menyepi daripada sebarang lagu baru, Akon terbaru dikatakan baru sahaja melancarkan kriptowang miliknya yang dinamakan sebagai ‘Akoin’. Nama Akoin ini dikatakan diinspirasikan daripada namanya sendiri serta perkataan coin yang merujuk kepada kriptowang yang dibangunkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untitled_design_2_76e37739-3ecc-43fb-aebf-3a320dda340e_1400x.progressive.png

Difahamkan Akoin merupakan projek terbaru beliau bagi menawarkan teknologi blockchain bagi memberi kehidupan dan teknologi yang lebih buat mereka yang berada di Afrika.

‘Penawaran teknologi serta sekuriti yang ketat sekaligus bakal mengurangkan skeptikal orang ramai untuk berdagang bersama Orang Afrika secara atas talian’ ulas Akon.

Akon turut membangunkan Akon Crypto City seluas 2,000 ekar bagi hasil pemberian presiden Senegal bagi menjayakan misinya kriptowangnya. Selain itu, Akon juga dikatakan sedang giat mengusahakan projek ‘Light Up Africa’ bagi menyalurkan akses elektrik kepada 16 juta penduduk Afrika. Jelas misinya sangat besar pada kali ini bagi membantu Rakyat Afrika serta orang ramai.