Sekiranya anda merupakan peminat filem Bollywood, pastinya anda cukup kenal dengan pelakon yang bernama Akshay Kumar. Berjaya membintangi beberapa filem popular termasuk Padman antara yang membuatkan nama beliau terkenal dalam industri Bollywood.

Terbaharu, Akshay Kumar telah berkongsi petua kesihatan beliau dengan meminum air kencing lembu setiap hari. Difahamkan beliau turut mengikuti sebahagian amalan rakyat India yang percaya air kecing lembu mempunyai manfaat yang banyak terhadap kesihatan termasuk melawan COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
akshay-kumar-into-the-wild
Sumber: the indian express

Akshay Kumar mula berkongsi mengenai amalannya sewaktu tampil dalam rancangan Bear Grylls dimana mereka telah meminum air teh diperbuat daripada najis gajah. Ulasnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk mencubanya kerana beliau sudah terbiasa meminum air kecing lembu bagi tujuan ayurvedic.

Untuk pengetahuan, kerajaan India telah memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser. Walau bagaimanapun, masih belum terdapat bukti saintifik yang komprehensif menyokong khasiat terdapat pada air kencing lembu.

maxresdefault (10)

Bukan itu sahaja, kerajaan di India turut menubuhkan kementerian khas buat ayurveda dan yoga sebagai usaha untuk melawan wabak COVID-19. Setakat ini, dilaporkan seramai 4.6 juta individu telah terpalit dengan wabak COVID-19 dan sudah menyebabkan 76,000 kematian.

Tular pada minggu ini apabila dilaporkan terdapat 14 lokasi di Langkawi yang dilawati oleh individu positif COVID-19.

14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’