Cemas dan mendebarkan. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai selepas menonton aksi kejar mengejar antara seorang anggota polis trafik dengan suspek yang disyaki membawa dadah di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam perkongsian yang tersebar di media sosial pada pagi ini, anggota polis yang menaiki motosikal itu difahamkan mengejar kenderaan model Nissan tersebut selepas suspek gagal untuk memberhentikan kenderaan walaupun diarah berbuat demikian.

pop

Suspek yang cuba melarikan diri itu juga cuba untuk melanggar anggota polis tersebut dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dengan keadaan jalan ketika itu yang dilihat sedikit sibuk.

Walaupun berjaya menghampiri kereta suspek dan melepaskan tembakan ke arah tayar kereta, namun suspek dilaporkan berjaya meloloskan diri.

Berikut adalah video penuh aksi kejar-mengejar yang dikongsikan netizen sejak pagi tadi.

Suspek yang berjaya meloloskan diri itu kemudiannya dilaporkan meninggalkan kenderaan di Lebuhraya Duke di mana pihak polis turut menemui dadah jenis syabu dalam kenderaan tersebut.

Polis juga masih menyiasat sama ada nombor pendaftaran kereta tersebut sama ada palsu atau tidak kerana semakan awal mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita berusia 62 tahun di Johor.

Sebelum ini, aksi sebuah Myvi biru yang dirakam cuba merempuh pengguna jalan raya yang lain turut mengundang kemarahan netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca mengenainya. 

Aksi Pemanduan Bahaya Myvi Biru Undang Kemarahan Netizen

Selepas Beraksi Bagai ‘Fast and Furious’, Mercedes-Benz Kuning Dari Kelantan Akhirnya Ditahan

Sumber