Aksi downhill dalam sukan berbasikal sememangnya satu aksi yang mengujakan dan penuh adrenalina dan biasanya dibuat di kawasan berbukit yang kurang kenderaan.

Sejak semalam, tular satu rakaman seorang pemilik basikal berlanggar dengan sebuah kereta MPV di simpang ketika menuruni bukit. Kemalangan itu menimbulkan perdebatan tentang siapa salah dalam insiden tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu dikatakan berlaku di Bukit Tunku, Kuala Lumpur salah satu lokasi favourite para penunggang basikal. Kemalangan itu dirakam dari dua kamera; satu milik rakan penunggang di belakang dan satu di simpang. Daripada rakaman ini, kita boleh melihat kejadian dari sudut pandang pembawa basikal dan dari hadapan.

Risiko kenderaan keluar masuk simpang

Sekiranya anda berbasikal di jalan awam terutamanya di kawasan perumahan, pemilik basikal perlu sentiasa aware dengan persekitaran terutamanya kenderaan keluar masuk dari rumah kediaman dan jalan besar.

Jika dalam keadaan laju, sesiapa sahaja cuma mempunyai masa yang singkat sahaja untuk bertindak. Kedua-dua pemilik basikal berada dalam kelajuan tinggi dan menuruni bukit di kawasan perumahan; digabungkan dua elemen ini peratusan untuk terjadi kemalangan pastinya tinggi.

Adakah kereta tersebut bersalah? Ramai yang berkata pemandu MPV terbabit sepatutnya nampak pengayuh basikal yang sedang laju. Tetapi ada faktor lain yang perlu dilihat. Kereta MPV berkenaan sedang menaiki bukit dan simpang berkenaan berada di kawasan cerun. Kemungkinan besar pemandu cuma perasan terdapat basikal yang sedang menuruni bukit di saat akhir. Namun, pemandu MPV bersalah kerana tidak memberi signal ketika mahu membelok.

Pentingnya ada ‘spotter’

Dalam sukan skateboarding, terdapat individu yang dikenali sebagai spotter ditempatkan di kawasan blindspot bagi mengelakkan terjadinya kemalangan ketika beraksi di jalanan.

Di masa akan datang, jika ada kumpulan lain yang mahu main downhill di kawasan ini, pastikan ada rakan yang menjadi spotter di persimpangan.

Setiap yang menonton rakaman ini pasti mempunyai pandangan mereka tentang siapa yang salah dalam insiden yang berlaku. Sebaiknya jadikan insiden ini sebagai pengajaran supaya insiden seumpama tidak berulang lagi.

Pesanan buat geng basikal, elakkan berbasikal di kawasan perumahan untuk elak kemalangan seperti ini berlaku dan buat pemandu kereta, dalam apa keadaan sekali pun seeloknya berhenti seketika dan pastikan keadaaan sekeliling selamat sebelum masuk atau keluar simpang.

Sebelum ini penduduk setempat di Gombak meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir geng basikal yang tidak peduli orang lain di Batu 12, Jalan Gombak. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

Keluar Simpang Secara Melulu, Kereta Kancil Dilanggar Lori Hingga Terbalik