Semalam, Star Online melaporkan seorang jurusolek artis didakwa atas 12 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM418,400 pada tahun diantara 2018 hingga 2019. Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Akan tetapi, video yang dimuat naik oleh Star Online itu menjadi perbualan ramai kerana memaparkan aksi seorang jurugambar gigih mengambil gambar tertuduh dan kesabaran peguam tertuduh untuk melindungi kliennya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi jurugambar tersebut dan ada juga tidak bersetuju dengan tindakan jurugambar yang berdedikasi mahu mengambil gambar tertuduh. Malah, ada juga yang mengatakan aksi jurugambar dan peguam tersebut seperti sedang menari atau bersilat.

Screenshot 2021-03-18 at 10.10.09 AM

Bukan itu sahaja, para netizen juga cukup kagum dengan kesungguhan jurugambar tersebut demi untuk mendapatkan gambar tertuduh. Apakah pendapat anda selepas melihat aksi gigih jurugambar tersebut?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Gadis Berkebaya Merah Disaman JPJ Selepas Pamer Skil Tunggang RX-Z