Lumrah kehidupan apabila anak-anak yang sudah dewasa dan matang, segelintir antara mereka ada juga yang bersikap tidak boleh menerima teguran ibu bapa atas kesalahan yang mereka lakukan.

Kemunculan permainan video dalam telefon pintar juga menjadi penyebab perhubungan anak-anak dengan ibu bapa menjadi renggang. Apabila ditegur untuk berhenti bermain video game, malah ada segelintir anak-anak remaja yang bertindak di luar kawalan dan sanggup melawan cakap ibu bapa.

Terbaharu, tular satu video di Twitter yang memaparkan tindakan luar kawalan seorang remaja perempuan yang cuba untuk terjun dari jambatan selepas ditegur oleh bapanya kerana terlalu asyik dan ketagih bermain video game dalam telefon bimbitnya.

Menurut laporan Harian Metro, remaja terbabit nekad untuk terjun petang semalam sekitar 2.12 petang selepas telefon bimbitnya dirampas oleh bapanya. Gara-gara tertekan dengan tindakan bapanya itu, remaja berkenaan ugut dan cuba terjun dari atas jambatan yang terletak di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak berdekatan susur Berjaya Hills Bukit Tinggi.

Walau bagaimanapun, cubaan remaja yang berusia 16 tahun itu berjaya dihalang selepas tindakan pantas oleh Ketua Polis Balai Bukit Tinggi yang berjaya menarik remaja terbabit sebelum dia terjun ke bawah jambatan.

Remaja perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Hasil siasatan telah mendapati bahawa remaja berkenaan mengalami kemurungan dan kini masih lagi dalam rawatan.

Lantaran tular video itu, rata-rata netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak polis serta bomba dan penyelamat dalam usaha memujuk lalu menyelamatkan remaja perempuan terbabit.

https://twitter.com/zulafandiharis/status/1371993844368076800?s=20

Namun, dalam kes ini remaja berkenaan didapati tidak bersalah kerana tindakan tersebut dilakukan bukan kerelaan dirinya sendiri tetapi masalah kemurungan yang dihidapi telah mendesak remaja berkenaan untuk bertindak di luar kawalan sedemikian.

Baca lagi perkongsian kami mengenai remaja ini yang menjalankan bisnes ‘custom’ Hot Wheels untuk bantu keluarganya menerusi pautan di bawah.

Bermula Dengan ‘Custom’ Hot Wheels, Remaja Ini Kini Buat Kereta Untuk Wak Doyok

Berang Elaun Mingguan Dipotong, Lelaki Ini Pilih Untuk Saman Ibu Bapanya

Pandu Proton X50 Pelanggan 180km/j, Sales Advisor Kemalangan Dan Kereta ‘Total Lost’

 

Sumber