Pada tahun 1994, tidak ramai yang mengetahui atau memahami internet. Atau mengetahui betapa besar potensi internet ini dalam kehidupan seharian.

Amat lucu apabila dua pengacara daripada rancangan Today Show, Bryant Gumbel dan Katie Couric mengumumkan e-mel NBC kepada orang ramai. Mereka berdua juga keliru dengan alamat e-mail. Simbol “@” atau “at” dipanggil “a dengan bulatan di sekelilingnya” oleh Bryant dan dipanggil “about” oleh Katie.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

“Apakah itu internet? Adakah ia seperti surat?”, tanya Bryant.

Untuk mengurangkan kekeliruan, Katie berhubung dengan penerbit beliau melalui earpiece lalu berkata, “Alison, boleh terangkan apa itu ‘Internet’?”

Dan kemudiannya iklan ini membawa ke zaman kini.

Bryant dan Katie keliru dengan kereta elektrik BMW i3. Kereta ini dibina dalam kilang yang dijana oleh tenaga angin dengan badan gentian karbon dan prestasi unggul BMW. Ia adalah idea yang hebat, cuma sedikit sukar untuk difahami.

Bak kata BMW dalam iklan mereka, “Big ideas take a little getting used to.”

Ya, idea besar dan baru perlukan masa untuk kita memahaminya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka