Salute Hotel Majestic! (maaf kualiti gambar teruk)

Sebentar tadi aku dijemput berbuka puasa bersama sahabat handai di Hotel The Majestic Kuala Lumpur. Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita mengalami kerosakan betul-betul di hadapan hotel tersebut, kira-kira 10 minit sebelum waktu berbuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tak ramai yang perasan maklumlah masing-masing dok menghadap deretan udang galah, kambing yang penuh di meja buffet.

Kemudian aku terpandang seorang staf restoran sibuk keluar masuk dari daour dengan membawa sebuah kotak. Sebaik saja azan Maghrib berkumandang, dia melangkah laju menuju ke kereta rosak tersebut. Serius, dia memang ambil risiko sebab kereta banyak dan bertali arus.

This the best part. DIA MENGHULURKAN KUIH MUIH DAN AIR MINUMAN kepada pemilik kereta tersebut dan beberapa orang pemuda yang cuba membantu membaiki kenderaan berkenaan. ALLAHUAKBAR!

Aku sempat merakam turutan peristiwa itu melalui hp tapi maaflah, handphone murah. Dari jauh pulak tu.

Salute pada staff hotel bernama Hisham dan Hotel Majestic. Proud of you guyzzzzz!

pekerja-hotel-majestic-1

pekerja-hotel-majestic-2

pekerja-hotel-majestic-3

pekerja-hotel-majestic-4

pekerja-hotel-majestic-5

pekerja-hotel-majestic-6

pekerja-hotel-majestic-7

pekerja-hotel-majestic-8