Sejak-sejak hari ini, semakin banyak berita kemalangan kita baca selepas kelonggaran pergerakkan yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa minggu yang lalu.

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam sebuah kereta Myvi dipandu secara berbahaya untuk memotong beberapa buah kenderaan lain di sebuah laluan dua hala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemandu Myvi tersebut dilihat memotong secara melulu beberapa buah kereta lain yang sedang berbaris memandu mengikut kelajuan yang masih lagi dalam kawalan.

Lebih mengejutkan lagi apabila Myvi tersebut hampir menyebabkan kemalangan apabila pemandu kereta tersebut masih berani memotong kenderaan lain walaupun terdapat sebuah kenderaan di laluan bertentangan terpaksa memperlahankan kenderaan dan memberikan ‘high beam‘ sebagai tanda amaran atas tindakan berbahaya tersebut.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan berbahaya yang dilakukan oleh pemandu Myvi terbabit. Rata-rata menyifatkan tindakan pemandu tersebut tidak bertanggungjawab serta mengabaikan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain yang boleh menyebabkan insiden kemalangan berlaku.

Sumber Gambar: Facebook Group MAS
Sumber Gambar: Facebook Group MAS
Sumber Gambar: Facebook Group MAS
Sumber Gambar: Facebook Group MAS
Sumber Gambar: Facebook Group MAS
Sumber Gambar: Facebook Group MAS

Ada salah seorang pengguna Facebook turut berkongsi rakaman dashcam lain yang sempat merakam kereta Myvi tersebut memotong secara berbahaya ketika waktu itu.

Tindakan pemanduan berbahaya yang ditunjukkan oleh pemandu Myvi ini adalah salah satu punca kes kemalangan di Malaysia meningkat sejak-sejak akhir ini. Sekiranya nasib pemandu Myvi ini tidak bernasib baik semasa kejadian, sudah pasti rakaman ini menunjukkan suasana yang berbeza.

Pada minggu lalu tular satu rakaman dashcam sebuah Lamborghini gagal dikawal lalu merempuh beberapa buah kenderaan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pemuda Ini Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa?

Pemandu Myvi Kongsikan Keadaan Terkini Selepas Terselamat Daripada Kemalangan Ngeri

Sumber