Perkongsian Zul Ariffin di Instagram malam semalam ternyata mendapat reaksi dan kecaman daripada netizen. Video yang dimuat naik merupakan babak daripada drama lakonan terbarunya, Perempuan Itu.

Adegan yang mencuri tumpuan netizen itu dilakonkan bersama pelakon wanita baharu, Siti Hariesa. Netizen lantas memberi komen bahawa adegan yang dikongsikan oleh Zul Ariffin itu tersangat ‘berani’ dan terlalu kebaratan.

https://www.instagram.com/p/CbPuegRhDAd/

Begitu juga ada yang bersetuju adegan tersebut boleh dikategorikan sebagai soft porn dan boleh memberikan kesan negatif kepada penonton terutamanya yang masih muda remaja.

Menjengah ke ruangan komen, majoritinya tidak menyangka babak seperti ini lulus untuk dikongsikan kepada umum dan mengapa pengarah sanggup mengarahkan pelakon melakonkan aksi sebegitu. “Gelinya. Masa berlakon dua-dua tak rasa apa-apa ke? Tiada rasa bersalah?” antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian oleh Zul Ariffin itu telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan dan lebih 25,000 komen, sesuatu yang jarang berlaku untuk satu perkongsian di Instagram.

Tinggal dua minggu sahaja lagi kita akan mula berpuasa dan drama Perempuan Itu akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Adakah ini salah satu gimik murahan daripada pihak penerbit? Kita nantikan kenyataan daripada mereka.

Ini merupakan guideline berkenaan apa yang dilarang untuk dipaparkan di stesen TV di Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Adegan, Dialog Dan Perkataan Yang Dilarang Dipaparkan Di Stesen Televisyen Malaysia

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, Polis Sita Aset Milik ‘Influencer’ Ini Bernilai RM18.7 juta

Geran, Filem yang ‘Gagal’ Di Malaysia Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Mat Salleh