Algoritma aplikasi TikTok sangat unik kerana ia boleh memaparkan video yang sedang trending mengikut video-video yang pernah pengguna berikan reaksi seperti likes dan komen.

Sejak seminggu dua ini, video seorang lelaki memakai topi keledar sambil menggayakan aksi seolah-olah sedang drift bot laju seperti filem Fast & Furious telah mencuri perhatian satu dunia.

Video asal yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @khaidirlm telah mendapat lebih 6.7 juta tontonan dan lebih 20,000 komen daripada pengguna TikTok bukan sahaja dari Indonesia dan juga Malaysia, malah pengguna TikTok dari Eropah.

Aksi lagak lelaki itu drift bot sambil mengelak daun-daun nipah sepanjang laluan sungai tersebut membuatkan orang ramai berasa seperti turut sedang menaiki bot bersama-sama dengannya.

vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-6
Sumber Gambar: TikTok @khaidirlm
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-7
Sumber Gambar: TikTok @khaidirlm
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-8
Sumber Gambar: TikTok @khaidirlm
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-1
Sumber Gambar: TikTok @khaidirlm
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-2
Sumber Gambar: TikTok @khaidirlm
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-3
Sumber Gambar: TikTok @khaidirlm
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-4
Sumber Gambar: Instagram @vocket
vocket-drift-bot-macam-fast-and-furious-5
Sumber Gambar: Instagram @vocket

Walaupun lelaki itu nampak ‘hebat’ memulas steering untuk drift bot tersebut, sebenarnya bot itu sedang dikawal oleh rakannya lain yang duduk di bahagian belakang.

Siapa sangka video yang @khaidirlm muat naik sekadar suka-suka di TikTok bukan sahaja menghiburkan warga tempatan, malahan telah mendapat perhatian pengguna TikTok dari seluruh dunia.

Orang lain yang kemalangan, orang lain yang riuh. Lihat wanita ini berceloteh semasa merakam kejadian Myvi melanggar Myvi.

Celoteh Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Buat Netizen Terhibur

Netizen Mahukan ‘Roadblock’ Setelah Tonton Rakaman Video Polis Tahan Kereta Potong Barisan

Sumber