Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran telah mengumumkan bahawa Akta Pampasan Pekerja 1952 yang telah diguna pakai di negara ini bakal dimansuhkan untuk memberikan perlindungan yang sama rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di negara ini.

Pemansuhan ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja-pekerja asing yang kini di bawah lindungan Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah akta tersebut dan langkah itu telahpun dipersetujui oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kula Segaran berkata, pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan dan kerajaan mempunyai sistem kawalan perlindungan yang lebih efisyen.

Perlindungan pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal di kuatkuasakan mulai 1 Januari tahun hadapan dan proses pemansuhan akta ini sedang dijalankan dan juga skim pampasa pekerja asing tidak perlu lagi diaktifkan untuk pembaharuan atau pendaftaran baharu mulai Januari ini.

Keputusan yang diambil ini dipandang serius oleh kerajaan dan Kabinet untuk di sama-ratakan antara pekerja dalaman dan asing supaya kerajaan dapat mengetahui dengan lebih luas data-data penting pekerja asing dan juga caruman yang dibuat oleh majikan supaya kerajaan dapat mengambil tindakan dengan lebih cepat dan boleh membuat laporan terus ke Imigresen dan pihak polis.

Sumber