Kumpulan hak asasi Liberty Shared telah meminta pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menyiasat syarikat Goodyear Tyre & Rubber Co yang beroperasi di Malaysia berhubung tuduhan menyalahgunakan pekerja, kata kumpulan itu kepada Reuters.

Kumpulan anti pemerdagangan manusia yang berpusat di Hong Kong mengatakan petisyennya kepada pihak kastam AS pada bulan Jun adalah berdasarkan tuntutan undang-undang dan laporan polis yang dibuat oleh pekerja migran. Ia juga mungkin merupakan usaha pertama membuka pekung terhadap anak syarikat milik Amerika yang bertapak di Asia Tenggara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kata pengarah urusan kumpulan, Duncan Jepson dalam satu kenyataan kepada media bahawa situasi dan perlakuan yang para pekerja migran alami memenuhi indikator buruh paksa yang dikeluarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa(ILO).  Manakala bagi pihak ILO, mereka mengambil maklum mengenai tuduhan ke atas Goodyear Malaysia tetapi tidak dapat mengesahkan kerana ia berlaku di peringkat dasar dan sektoral.

Mei lalu, Goodyear Malaysia telah didakwa tidak membayar gaji, memaksa pekerja bekerja lebih masa, ugutan dan intimidasi. Tuduhan itu dibuat oleh pekerja asing dari India, Myanmar dan Nepal, lapor Free Malaysia Today.

Goodyear, salah satu pembuat tayar terbesar di dunia, mengatakan pihaknya tidak mengetahui adanya petisyen mengenai kes tersebut. Goodyear juga menambah bahawa ia mempunyai dasar yang kuat untuk melindungi hak asasi manusia.

“Kami memandang serius setiap tuduhan mengenai tingkah laku yang tidak betul dan berkomitmen untuk memastikan bahawa amalan perniagaan kami dan rakan sekutu, operasi dan rantaian bekalan kami mematuhi semua syarat undang-undang dan keperluan dalam polisi kami,” kata jurucakap dalam e-mel seperti yang dilaporkan oleh The Edge.

Untuk rekod, Malaysia yang mempunyai berjuta pekerja asing telah menghadapi pelbagai tuduhan mengenai amalan buruh dan berada di tangga terburuk bulan ini dalam laporan tahunan AS mengenai perdagangan manusia.

Tuduhan sama turut berlaku pada tahun lalu mengenai pengeluar minyak sawit Malaysia, Sime Darby Plantation Bhd sehingga mendorong pihak berkuasa AS untuk menyekat barangan import kerana disyaki telah menyalahgunakan pekerja.

Media AS dakwa wujud ‘layanan kejam’ terhadap wanita di ladang sawit Malaysia dan Indonesia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Media AS Dakwa Wujud ‘Layanan Kejam’ Terhadap Wanita Di Ladang Sawit Malaysia Dan Indonesia

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia

Amerika Syarikat Tahan Sarung Tangan Getah Buatan Syarikat Malaysia Daripada Memasuki Negara