Tidak semua orang yang rela untuk mendermakan organ mereka semasa hidup dan juga setelah meninggal dunia. Boleh anda bayangkan apabila organ anda diambil daripada anda secara paksaan?

Ini apa yang berlaku di China. Dikatakan kerajaan China telah mencuri organ etnik Islam Uighur secara besar-besaran sejak tahun 1995 lagi dan operasi ini masih berterusan sehingga sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini diketahui ketika Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) yang lalu. Menurut peguam China Tribunal, pihak China Tribunal memiliki bukti kerajaan China menjalankan operasi tersebut.

Untuk pengetahuan anda, China Tribunal adalah satu kumpulan yang telah menyiasat kecurian organ ini dan mendapati kerajaan China telah mencuri hati, buah pinggang, paru-paru, dan kulit dari etnik Uighur dan ahli Falun Gong.

Menurut Sabi yang membentangkan bukti dari laporan akhir tribunal itu yang diterbitkan pada Jun, mendapati banduan ‘dibunuh’ atas arahan dalam skala besar atas arahan kerajaan China. Malah, ada badan mangsa dipotong walaupun masih hidup untuk buah pinggang, hati, paru-paru, kornea dan kulit yang dikeluarkan dan menjadi bahan komoditi untuk dijual.

Anggota badan itu tersebut digunakan untuk tujuan perubatan dimana ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan penderma di hospital. Walau bagaimanapun, kerajaan China menafikan melakukan operasi itu.

Ini pastinya isu yang sensitif dan hangat kerana melibatkan hak kemanusiaan. Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Anda mungkin berminat untuk ketahui isu krisis pelarian Syria. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Respon 12 Negara Terhadap Isu Krisis Pelarian Syria

Logo Coca-Cola Direka Semula Menggunakan Organ Dalaman Yang Terjejas