Motorsikal berkuasa rendah atau lebih dikenali dengan nama ‘kapcai’ sudah menjadi kenderaan penting bagi pengguna negara kita selepas kereta. Hadir dengan harga mampu milik serta mobiliti yang tinggi membuatkan motosikal kapcai dimiliki ramai.

Walau bagaimanapun, pengguna motosikal baru-baru ini dikejutkan dengan sebuah kenyataan daripada aktivis keselamatan jalan raya iaitu saudara Shahrim Tamrin yang mencadangkan pihak kerajaan untuk mengharamkan penggunaan motosikal dibawah 250cc.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
IMG-20190208-WA0009 (1)
Aktivis Keselamatan Jalan Raya, Shahrim Tamrin. Sumber: Mole

Menurut laporan The Malaysian Insight, saudara Shahrim Tamrin mencadangkan idea ini berikutan kadar kemalangan maut melibatkan motosikal merupakan yang tertinggi berbanding kenderaan lain dimana pengharaman motosikal bawah 250cc sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

Selain itu, beliau turut mengatakan penggunaan motorsikal dibawah 250cc ini sekaligus meningkatkan aktiviti lumba dan modifikasi yang membahayakan pengguna jalan raya. Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan mengatakan kejayaan China dan Taiwan yang mengharamkan motosikal.

Sebaliknya beliau turut mencadangkan turut menggesa pihak kerajaan untuk membenarkan penggunaan skuter elektrik diatas jalan raya dengan had kelajuan tidak melebihi 80km/h dimana ia mesra alam.

maxresdefault
Modifikasi Model Yamaha Y15ZR antara yang sedang trend ketika ini. Sumber: Var 98

Kenyatan beliau meskipun untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya nampaknya telah mengundang kemarahan bagi pengguna motosikal yang melabelkan cadangan beliau sebagai tidak logik untuk dilaksanakan di Malaysia.

Sekiranya cadangan beliau dijalankan, sudah pastinya pengguna dua roda perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan motosikal elektrik atau hibrid untuk kegunaan di atas jalan raya.

P1220160
Motosikal elektrik. Sumber: Careta

Walau bagaimanapun, difahamkan cadangan saudara Sharim Tamrin berjaya mendapat perhatian dan sokongan Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin.

Adakah anda sebagai pengguna motosikal bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh saudara Shahrim Tamrin atau sebaliknya?

Dalam pada itu, baru-baru ini terdapat seorang pelajar yang berjaya mencuri perhatian YB Syed Saddiq dengan inovasi yang dihasilkannya membolehkan motosikal beliau dibuka dengan hanya menggunakan telefon pintar. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Pelajar Ini Curi Perhatian Syed Saddiq Selepas Berjaya Hidupkan Motosikal Menggunakan IC

Lelaki Ini Buat Ayahnya Menangis Terharu Terima Hadiah Motosikal Y15ZR

Kisah Dua Beranak Naik Motosikal Dari IJN Ke Kuala Terengganu Ini Disahkan Palsu