Dua penggubal undang-undang Sweden telah mencalonkan aktivis perubahan iklim Greta Thunberg untuk Nobel Peace Prize bagi tahun 2020.

Ini merupakan kali kedua Thunberg dicalonkan untuk anugerah sama selepas beliau berjaya menangkap mata sejak memulakan protes di luar parlimen Sweden.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jens Holm dan Hakan Svenneling, yang merupakan anggota Parti Kiri Sweden, berkata pada hari Isnin lalu bahawa Thunberg telah bekerja keras untuk membuka mata ahli politik kepada krisis iklim dunia.

Empat aktivis iklim muda, termasuk Thunberg, memberitahu para elit yang berkumpul di Forum Ekonomi Dunia di Davos bulan lalu bahawa orang yang berkuasa tidak cukup untuk menangani isu perubahan iklim.

Pada tahun 2019, Thunberg adalah antara empat orang yang dinamakan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Kanan, yang juga dikenali sebagai Nobel Alternatif. Beliau juga berjaya memenangi anugerah Time’s of the Year.

Dalam media sosial minggu ini, Greta turut mengumumkan kepada pengikutnya bahawa dia telah memohon namanya dan juga kata-kata sepanduknya – skolstrejk untuk klimatet, atau mogok sekolah untuk iklim di Sweden – didaftarkan tanda dagangan.

Ayahnya pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia gembir dengan anaknya, tetapi tidak sampai berbangga. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Ayah Greta Thunberg Gembira Tetapi Tidak Bangga Dengan Anaknya

Pejuang Alam Sekitar, Greta Thunberg Dipilih Sebagai TIME’s Person Of The Year

Sumber