Bila sebut Gold Coast, Australia pasti yang terbayang adalah pantai dan taman tema yang sering menjadi bualan mereka yang telah berkunjung ke sini. Tetapi kebanyakan rakyat tidak tahu bahawa Gold Coast ada banyak lagi tempat yang seronok untuk pelancong.

Untuk pengetahuan, Gold Coast merupakan bandar keenam terbesar di Australia dan kedua terbesar di wilayah Queensland selepas ibu negerinya iaitu Brisbane. Ia juga terkenal sebagai syurga sukan luncur ombak, bangunan pencakar langit, taman tema, dan hutannya yang menarik untuk diterokai.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Gold Coast memiliki banyak taman tema yang sesuai dikunjungi sama ada bagi golongan muda mahupun yang telah berkeluarga. Antara yang popular adalah Warner Bros Movie World, Dream World, Sea World dan Wet ‘n’ Wild.

Nak shopping untuk barang berjenama dengan harga yang lebih murah, anda mestilah berkunjung ke Harbour Town – outlet berjenama di Gold Coast yang menawarkan diskaun sehingga 70%.

Anda juga boleh dapatkan booklet pelancongan di kaunter GC Tourist Shuttle di lapangan terbang. Booklet Get Around Guide disediakan percuma untuk para pelancong yang datang ke Gold Coast.

Pada mukasurat 8 dan 9 booklet, ada disediakan peta dan lokasi menarik yang boleh anda kunjungi. Mudah nak tanda dan rancang ke mana anda nak pergi sepanjang mengembara di sini.

Brisbane terletak kira-kira sejam perjalanan dari Gold Coast. Sunshine Coast pula hanya mengambil masa dua jam dari Gold Coast.

Berikut kami senaraikan 13 aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang di Gold Coast, Brisbane dan Sunshine Coast.

1. Infinity Maze

Bayaran masuk: AUD27 (RM88)
AUD25 (RM81) bagi tempahan online.
Website: infinitygc.com.au

Jika ke Surfers Paradise mesti ingat ada pantai sahaja kan? Sebenarnya tidak. Di sini juga ada Infinity Maze. Mereka yang gemarkan adventure yang berbeza pasti tak nak lepaskan peluang masuk ke sini. Pengembaraan ilusi, muzik funky serta kesan bunyi menjadikan ia satu pengalaman yang mengujakan.

2. Beri makan burung lorikeet di Currumbin Wildlife Sanctuary

Bayaran masuk: Percuma (untuk beri burung makan)
Bayaran masuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary : AUD50 (RM162)

Pastikan anda bijak uruskan masa supaya dapat sertai aktiviti memberi makan kepada burung lorikeet yang diadakan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi and jam 4 petang. Burung-burung jinak ini akan terbang turun dan siap boleh makan dari tapak tangan anda. Dan aktiviti ini adalah PERCUMA!

3. Lihat migrasi ikan paus antara bulan Mei dan Oktober

Bayaran pakej tour AUD99 (RM321)

Sepanjang bulan Mei hingga Oktober, beribu-ribu ikan paus humpback akan bermigrasi dalam kelompok dari Antartika ke utara dan selalunya haiwan ini akan berulang-alik melintasi pesisir pantai. Selain itu, anda juga boleh menikmati alam semula jadi yang terdapat di lokasi-lokasi menarik ini.

4. Hirup udara segar di Tamborine Rainforest

Bayaran masuk: Percuma

Hakikatnya, Gold Coast bukan sekadar pantai dan taman tema. Bagi pencinta alam, Gold Coast turut menawarkan alam semulajadi yang boleh anda terokai di hutan hujan Tamborine (atau dikenali sebagai Tamborine Rainforest).

Kenali pokok dan tumbuhan unik yang terdapat di Australia, berkelah dan lihat secara dekat hidupan liar seperti burung dan serangga. Jika anda mencari ketenangan, di sini adalah tempatnya. Jauh daripada hiruk-pikuk dan orang ramai, hutan ini turut juga dijaga dengan baik oleh para sukarelawan.

5. Lepak di pantai dan taman, termasuk di Surfers Paradise

Bayaran: Percuma

Ini aktiviti percuma yang paling mudah dilakukan di Gold Coast. Ditambah dengan gelaran ‘surfers paradise’ yang diberikan oleh beberapa pihak kerana keindahan pesisir pantainya.

Selain itu, taman-taman permainan yang terdapat di Gold Coast turut dijaga rapi, sesuai untuk aktiviti berkelah. Kemudahan tempat duduk dan barbeku turut disediakan.

Taman-taman permainan yang terdapat di Gold Coast turut dijaga dengan baik dan sesuai dijadikan sebagai tempat berkelah. Kemudahan tempat duduk dan bbq turut disediakan di taman.

Paling kurang boleh layan matahari terbenam, atau sekadar ambil angin laut sambil menikmati suasana dan angin pantai di sini.

Brisbane

Percutian ini sebenarnya tidak hanya terhad untuk anda meneroka Gold Coast sahaja. Brisbane hanya terletak kira-kira sejam perjalanan dari Gold Coast.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Brisbane hingga pening nak pilih. Kami senaraikan lima aktiviti percuma berikut untuk rujukan anda:

6. Brisbane Greeter Tour

Bayaran: Percuma

Sama ada anda berminat dengan senibina, street art mahupun tentang sejarah Perang Dunia Kedua, anda boleh sertai lawatan percuma sambil berkenalan dengan penduduk tempatan melalui program Bribane Greeter Tour.

Melalui program ini anda akan dibawa melawat beberapa lokasi menarik dan bersejarah yang terdapat di ibu negeri Queensland ini oleh para sukarelawan di sini. Untuk maklumat lanjut tentang masa dan lokasi bertemu sebelum tour bermula, anda boleh semak di website queensland.com/tour/Brisbane-Greeters.

7. Naik bot CityHopper menyeberang Sungai Brisbane

Bayaran: Percuma

Jika anda ke pinggir Sungai Brisbane dan nampak bot kecil Cityhopper berwarna merah, jangan tengok saja. Bot ini menyediakan pengangkutan percuma antara Sydney Street Terminal di New Farm Park dan North Quay di Brisbane Central Business District.

Sambil naik bot, dapat peluang lihat Brisbane dari sudut berbeza. Lagipun free. Naik sajalah.

8. Lepak di New Farm Park

Sebelum naik bot, apa kata lepak dulu sekejap di New Farm Park. Taman seluas 15 hektar ini pada asalnya adalah sebuah ladang, kemudian ditukar menjadi taman. Dianggarkan 18,000 pengunjung melawat taman ini setiap minggu.

9. Naik ke puncak City Hall Clock Tower

Bayaran: Percuma

Trip tour di City Hall Clock Tower ini diadakan setiap 15 minit sepanjang waktu operasi. Dibina antara tahun 1920 – 1930, menara jam ini merupakan bangunan tertinggi di Brisbane hingga tahun 1960. Pemandangan dari dek pemerhati menjanjikan lanskap menarik termasuk King George Square dan bangunan lain di sekitarnya.

10. Menikmati pemandangan indah Brisbane pada waktu malam

Sebagai ibu negeri wilayah Queensland dan terletak di pesisir Sungai Brisbane, bandar Brisbane menyajikan pemadangan cantik di waktu malam. Selepas seharian melihat dan berjalan di sekitar bandar mahupun di national park, waktu malam boleh diperuntukkan untuk melihat keindahan bandar ini.

Sunshine Coast

11. Scenic drive dari Gold Coast ke Sunshine Coast melalui Pacific Coast Way aka Route 66

Memandu daripada Gold Coast ke Sunshine Coast melalui Pacific Coast Way (Route 66 versi Australia) bakal menghidangkan anda dengan pemandangan menarik di sepanjang pesisir pantai.

Sebelum tiba di Sunshine Coast, anda boleh singgah di Brisbane dan lakukan aktiviti yang telah kami senaraikan di atas. Dan berikut pula adalah dua aktiviti menarik yang telah kami pilih di sepanjang laluan ini.

12. Australia Zoo

Bayaran masuk:
Dewasa AUD59 (RM191)
Pelajar AUD47 (RM152)
Kanak-kanak AUD35 (RM113)

Maklumat lanjut di Australiazoo.com.

“Crikey! She’s a beauty!” Masih ingat akan rancangan TV popular Crocodile Hunter yang diacarakan oleh Steve Irwin pada lewat 90an? Jika tak ingat, tak mengapa. Mari kami ceritakan.

Steve Irwin merupakan seorang pencinta haiwan dan antara kemahiran beliau adalah menangkap buaya liar yang terdapat di Australia. Australia Zoo, diasaskan oleh ibu dan bapa beliau, mempunyai 1,200 ekor haiwan termasuk buaya.

Meskipun Steve meninggal dunia pada usia 44 tahun sedekat lalu akibat serangan ikan pari ketika rakaman dokumentari di Great Barrier Reef, zoo ini merupakan salah satu legasi beliau yang terkenal di seluruh dunia.

Selain daripada buaya Australia, di sini juga anda dapat lihat haiwan lain seperti lemur, zirafah, kangaroo, kuda belang, badak, kura-kura Aldabran, dan pelbagai jenis spesis unik.

Paling menarik di sini adalah persembahan bersama haiwan yang menampilkan keluarga Steve serta pelatih haiwan yang turut berkongsi semangat cintakan haiwan seperti lagenda Crocodile Hunter yang tiada ganti ini.

13. Glass House Mountain National Park

Antara tumbuhan unik Australia yang dapat ditemui di sekitar Glass House Mountains – pokok banksias.

Bayaran masuk: Percuma

Kaki hiking pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk menerokai Glass House Mountains. Terdapat lima peak point di Glass House Mountains National Park — Mount Beerburrum, Mount Ngungun, Mount Tibrogargan dan Mount Beerwah.

Akses untuk ke setiap gunung di taman negara ini adalah berbeza. Pelbagai jenis trek turut disediakan di sini. Ada yang curam dan memerlukan tahap kecergasan yang sederhana. Ada juga trek mencabar yang memerlukan tahap kecergasan tinggi.

Pusat informasi turut disediakan di Settler’s Rotary Park, Reed Street, Glass House Mountains yang beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Pusat ini dikendalikan oleh penduduk tempatan yang berpengalaman tentang kawasan ini.

Glass House Mountains merupakan tempat pertemuan khas dan istimewa bagi orang asli. Di kawasan ini juga terdapat banyak lokasi upacara pemujaan orang asli yang masih dijaga dengan baik.

Kemudahan dan info lain

Sesetengah pengusaha hotel dan hostel menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma ke lapangan terbang. Bas ke Surfers Paradise juga disediakan percuma. Hanya perlu tunggu di hentian bas.

Untuk Internet dan talian mudah alih, pilihan terbaik adalah Telstra dan Vodafone. Anda boleh buat perbandingan pakej yang ditawarkan sebelum membeli kad sim.

Cara terbaik bagi yang ingin berjimat adalah dengan memasak sendiri. Barang mentah boleh dibeli sama ada di ALDI (pasaraya yang menjual barang termurah di negara ini), diikuti Coles dan Woolworths. Cara ini amat praktikal jika anda travel dalam kumpulan seramai empat orang atau lebih.

Bercuti ke Gold Coast bukan lagi satu perkara yang sukar. AirAsia X terbang 11 kali seminggu ke Gold Coast, Australia. Kini anda boleh rasai pengalaman serta aktiviti yang telah kami senaraikan di atas dengan lebih mudah.

Lebih menarik, AirAsia sedang mengadakan promosi tambang murah ke Gold Coast seperti berikut:

Tarikh pembelian: 8 – 14 Mei 2017
Tarih penerbangan: 1 Mei – 30 Sept 2017.

Tambang dari serendah:
Ekonomi RM449 sehala (all in)
Flatbed RM1,599 sehala (all in)

Info lanjut layari AirAsia.com/goldcoast.

Baca lagi: 10 Tip Travel Dengan Keluarga Di Gold Coast Australia Tanpa Pemandu Pelancong

Anda Mungkin Suka