Nha Thrang mungkin asing bagi sesetengah orang, tapi tidak buat mereka yang telah meneroka laluan IndoChina atau meneroka secara total Negara Vietnam. Nha Thrang terletak di tengah antara Bandar Besar Ho Chi Minh dan Hanoi dan kurang popular di kalangan pelancong.

Secara jujur, Nha Thrang merupakan satu destinasi yang agak unik, bandar tersusun, bersih dan mempunyai daya tarikan yang saya kira setanding dengan Disneyland Hong Kong mahupun taman tema Everland yang terletak di Korea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara yang menarik di Nha Thrang adalah:

1. Vinpearl Land

Merupakan satu pulau persendirian yang mempunyai taman tema menarik dan unik. Anda boleh ke sana dengan menaiki kereta kabel yang disediakan dengan kadar bayaran RM160 merentasi lautan.

Rekabentuk tiang seakan Eiffel Tower juga sangat unik, membuatkan saya kagum. Harga pula adalah termasuk semua jenis permainan di dalam taman tema. Terdapat juga pertunjukan ikan duyung, ikan lumba-lumba dan pertunjukan air yang sangat memukau mata dan jiwa. Awesome weh!

2. Da Lat, Vietnam

Terletak tidak jauh dari Bandar Nha Thrang, sekitar 3 jam anda akan menemukan satu kawasan yang membuatkan jiwa kita rasa tenang dan nyaman. Cuaca sejuk dan udara segar buat kami terasa seperti di Cameron Highlands. Cewaaahhhh.

Apa yang ada di Da Lat?

1. ZooDoo
Merupakan zoo mini yang menarik. Binatang di sini sangat comel dan kebanyakannya tidak ada di zoo di Malaysia.

2. Da Lat Flower Garden
Merupakan kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan sangat sesuai buat mereka yang ingin berulan madu atau yang sukakan suasana romantik.

3. Crazy House
Rumah yang dibina dengan landskap dan dekorasi yang sangat pelik. Bahkan bentuk bangunan juga aneh tetapi sangat menarik minat untuk siapa sahaja yang masuk untuk meneroka.

4. Valley of Love
Sangat sesuai untuk yang sukakan fantasi, kelainan macam dalam filem Wonderlands. Boleh berhalusinasi dan rasai kelainan di dalam kota bunga.

Baca: AirAsia Perkenal Laluan Baharu Ke Nha Trang, Vietnam Bermula 14 September Ini

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-2

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-3

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-4

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-5

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-6

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-7

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-8

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-9

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-10

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-11

3. Penginapan sepanjang trip

Keliru dan buntu? Penginapan sepanjang trip ke sini boleh dicari di aplikasi HotelsCombined. Melalui paparan pencarian hotel, laman web HotelsCombined akan menyenarai dan bandingkan segala macam jenis penginapan mengikut citarasa dan poket kita sendiri.

Aplikasi ini membandingkan harga dari website lain seperti Agoda, Booking, Expedia dan lain lain.

Menerusi paparan, anda akan menemukan jenis bilik yang sama tapi dengan harga berbeza. Jadi kita tak perlu buang masa dan membuat perbandingan satu persatu. Mudah kan? Jika anda masih belum mempunyai apps ini di telefon pintar anda, boleh download app HotelsCombined menerusi Play Store.

Pemilihan penginapan kami adalah berdasarkan jarak dari satu tempat yang bakal dikunjungi, perkampungan Muslim dan mempunyai rujukan positif daripada mereka yang telah menginap di sini sebelum ini. Tetapi yang lebih utama adalah value for money!

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-12

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-13

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-15

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-16

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-17

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-18

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-20

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-26

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-25

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-24

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-23

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-22

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-21

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-27

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-29

lokasi-menarik-di-nha-thrang-vietnam-28

Baca lagi: Cara Ke 3 Lokasi Menarik Di Vietnam Selain Ho Chi Minh Dan 6 Tip Travel Untuk Rujukan