Baru-baru ini saya selaku wakil Vocket telah ke Pulau Boracay, Filipina bersama 2 wakil media daripada Australia, wartawan NST, Astro dan juga seorang Chinese blogger. Trip ini adalah atas anjuran dan tajaan AirAsia dan Henann Group Of Resort.

Bila sebut Pulau Boracay, perkara yang paling diingati oleh mereka yang pernah ke sana adalah pasirnya yang putih bersih dan airnya yang jernih hingga menyerlahkan tona warna yang menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malahan pulau ini pernah dinobatkan antara pulau dan pantai tercantik di dunia oleh beberapa organisasi pelancongan.

IMG_8372_edited-r

Baiklah, tanpa buang masa saya kongsikan di sini 15 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke Pulau Boracay yang terletak kira-kira 300km di selatan Manila, Filipina.

15 Aktiviti Menarik Di Pulau Boracay, Filipina

Senarai aktiviti ini adalah campuran aktiviti berbayar dan aktiviti percuma yang menarik untuk anda lakukan sewaktu berkunjung ke Pulau Boracay.

1. Menjelajah Cristal Cove.

Pemandangan di pulau ini sangat cantik dan mendamaikan. Airnya juga sangat jernih kehijauan. Jika berpeluang, silalah mandi dan berenang sebentar di sini jika ada yang tolong jagakan barang anda.

boracay-island-4

Inilah antara landmark di Cristal Cove untuk lokasi ambil gambar kenangan sebagai bukti telah sampai ke sini. Untuk ke sini anda boleh dapatkan pakej Island Hoping bersama beberapa aktiviti lain antaranya snorkeling dan cliff jumping.

IMG_8282_edited

Anda perlu turun ke bawah dengan melalui tangga berpusing seperti dalam gambar ini untuk ke bahagian bawah gua kecil. Lelaki di atas adalah Bong, tour guide kami daripada BoracayDiary.com.

pulau-boracay-filipinap1

Di bahagian bawah gua ini anda boleh mandi dan lihat airnya yang sangat jernih. Saya tak mandi di sini sebab sibuk snap gambar. Nak snorkeling pun boleh di sini.

pulau-boracay-filipina-3

Ini pula laluan yang dibina di tepi bukit di Cristal Cove untuk memudahkan pelawat menikmati pemandangan indah di sini.

2. Cliff jumping di Magic Island.

Ini juga aktiviti yang mesti anda buat. Terdapat 4 ketinggian berbeza untuk cabar keberanian anda iaitu 4 meter, 6 meter, 8 meter dan 9 meter. Saya telah cuba yang 6 dan 8 meter. Mungkin jika ada peluang lagi saya akan cuba pada ketinggian 9 meter pula.

boracay-island-filipina-5

Inilah platform untuk melompat dan lakukan cliff jumping di Magic Island. Nampak pulau di depan sana? Ada papan tanda tertulis Cristal Cove di pulau kecil tersebut. Pemandangan di sini? Oh! Memang sangat cantik!

boracay-island-filipina-11
Kredit gambar: Khairul NST

Sewaktu saya lakukan lompatan pada ketinggian 8 meter bersama Phoebe (wakil media dari Australia). Phoebe pula melompat dari ketinggian 9 meter. Pastikan anda buat ini jika ke Pulau Boracay, okey!

boracay-island-filipina-6

Airnya jernih hingga nampak ke dasar. Nampak macam cetek saja tapi sebenarnya dalam. Jika tidak, masakan dah lompat dari tebing tinggi pun masih tak dapat jejak ke dasar. Saya minta Bong yang tangkapkan gambar ni.

boracay-island-filipina-7

4 lelaki di atas adalah traveller dari Sepanyol. Enjoy betul mereka ni melompat sakan daripada ketinggian 6, 8 dan 9 meter bersama-sama sambil menjerit.

3. Snorkeling.

Air di perairan Pulau Boracay sangat jernih. Yang anda perlu pastikan adalah tour guide bawa anda ke lokasi yang menarik, ada banyak ikan dan terumbu karang. Lagipun kita buat snorkeling untuk lihat keindahan dunia bawah laut, kan?

pulau-boracay-filipina-8

Melihat dan menikmati pemandangan indah di dasar laut dengan aktiviti snorkeling. Panas pun tak terasa bila dah ke sini. Sedar-sedar dah legam. Haha!

pulau-boracay-filipina-9

Sebelum saya sertai mereka dan terjun ke laut, haruslah ambil gambar dulu. Tak sabar dah nak terjun ni sebenarnya.

pulau-boracay-filipina-10

Ini antara pemandangan indah yang dapat di lihat daripada Parau (bot tradisional Filipina) sewaktu kami lakukan aktiviti island hoping. Nampak wind turbine di atas bukit tu? Jika anda pernah ke Australia, Belanda dan negara Eropah pasti biasa nampak wind turbine ni kan? Kat Boracay pun ada. Hehe!

Wind turbine adalah satu kaedah untuk menjana elektrik dengan menggunakan kuasa tiupan angin. Biasanya turbine dipasang di atas bukit berhampiran pantai agar ia mendapat bekalan angin yang mencukupi dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan penduduk setempat.

Untuk pakej Island Hoping merangkumi lawatan ke Cristal Cove, bayaran masuk ke Magic Island dan lakukan cliff jumping dan snorkeling, anggaran pakej adalah sekitar 1300 Peso (RM130). Jika anda rajin survey sebaik saja tiba di sini mungkin boleh dapat pada harga lebih murah.

4. Cristal boat di Tambisaan Beach

Merupakan satu lagi aktiviti menarik yang tak wajar anda lepaskan. Melihat ke dasar laut yang mempunyai air yang jernih hanya daripada atas bot kaca memberikan pengalaman yang menarik.

Anggaran harga sekitar 800 ke 1000 Peso (RM800 ke RM100) seorang.

cristal-boat-boracay-island

Sedang bersedia untuk aktiviti ini. Sila pakai pakaian yang sesuai. Nak pakai baju renang muslimah pun boleh untuk aktiviti ni sebab masa nak naik atas bot ni pun dah basah hingga ke lutut.

boracay-island-filipina-13

Kami dimaklumkan aktiviti ni tak begitu membasahkan sangat. Rupa-rupanya basah juga hingga ke pinggang. Air pun masuk juga sikit dalam bot. Yang penting kedua-dua yang naik atas bot mesti duduk dan imbangkan bot. Jangan nak senget-senget kat atas ni, ke dalam laut jawabnya nanti.

boracay-island-filipina-14

Roti turut dibekalkan sewaktu aktiviti ini untuk diberi makan pada ikan. Gambar ini di ambil oleh wartawan NST menggunakan kamera saya. Ikutkan hati nak saja bawa sekali kamera sambil mendayung, tapi takut juga kot lah bot terbalik, ke laut pula kamera tu sudahnya.

boracay-island-filipina-16

Oh ya, untuk aktiviti ini kami perlu dayung bot seperti berkayak. Tapi jika sudah penat, boleh saja panggil tour guide. Mereka akan tolong tarik bot ke lokasi yang banyak ikan dan punya pemandangan menarik. Sesekali mengelat apa salahnya. Kami dah penat mendayung sebenarnya. Haha!

5. Parau sunset sailing.

Satu lagi aktiviti yang mesti anda cuba dan rasai kelainannya adalah melihat matahari terbenam dari atas kapal layar yang dipanggil parau. Pelayaran ini mengambil masa sekitar 30 ke 40 minit.

Harga sekitar 200 ke 300 Peso (RM20 ke RM30) seorang.

parau-sunset-sailing-boracay-island

Parau merupakan kapal layar tradisional orang-orang Pinoy yang mana di bahagian kiri dan kanan bot telah dipasang buluh seakan-akan pangkin.

parau-sunset-sailing-boracay-island-6

Kami diberikan jaket keselamatan dan duduk di atas pangkin ini sewaktu bot belayar. Bayangkan seronoknya perasaan disimbah ombak sewaktu bot sedang belayar dan kaki terjuntai ke bawah. Memang mengujakan!

parau-sunset-sailing-boracay-island-filipina-5

Inilah rupa parau dari dekat. Memang tempat duduknya adalah pangkin buluh yang dipasang jaring di sebelah kiri dan kanan bot.

Kat atas bot memang  tak ada tempat duduk yang banyak. Hanya muat untuk 2 ke 3 orang (untuk pengemudi bot) dan juga untuk letak barang-barang kita (termasuk slipar). Nampak tak kotak di sebelah kanan bot tu? Itulah penutup kotak tempat simpan barang-barang kami supaya tak basah.

parau-sunset-sailing-boracay-island-filipina-2jpg

Inilah pengemudi layar parau ni. Bawalah action cam supaya anda tak terlepas peluang merakam pengalaman menarik ni. Saya sangat-sangat tak galakkan anda bawa kamera biasa yang tidak kalis air sebab air laut menyimbah hingga ke dada sewaktu belayar dengan parau ni.

parau-sunset-sailing-boracay-island-filipina-4

Dan, pastikan anda dapatkan pakej untuk belayar sewaktu matahari terbenam ye, bukan sebelumnya. Rugilah jika anda bayar pada harga yang sama atau sedikit murah tapi tak dapat nikmati matahari terbenam yang sangat cantik di sini sewaktu sedang belayar dengan parau.

AMBA0309_edited

Dan matahari pun semakin menghilang di telan malam.

6. Menunggang ATV dan buggy ke Mt Luho.

Di Filipina, pemanduan adalah di sebelah kiri. Tapi usah risau jika anda memandu buggy. Tak sampai 2 minit anda dah terbiasa. Di Mt Luho, anda berpeluang untuk melihat seluruh Pulau Boracay dari atas. Harga sekitar 600 Peso (RM60).

buggy-ride-boracay-island-1

Sepatutnya kami naik ATV, tapi pada waktu kami sampai hanya ada 1 ATV saja. Yang banyak tersedia adalah buggy. Jika nak naik ATV juga kena tunggu 30 minit lagi. Maka naik je lah buggy, tak nak buang masa.

IMG_9282_edited

Selepas 15 ke 20 minit memandu buggy, kami sampai ke lokasi untuk mendaki Mt Luho ini. Jangan risau, tak perlu hiking sebab ada tangga disediakan. Hanya perlu naik tangga hingga ke deck atas.

IMG_9292_edited

Dan dihidangkan dengan pemandangan cantik ini.

IMG_9283_edited

Ini pula view di sebelah satu lagi. Hilang penat naik tangga lepas tengok ni.

IMG_9322_edited

Gambar kenangan bersama team dalam trip ini. Terima kasih Bong (tour guide kami) sebab tolong ambilkan gambar.

7. Lepak di tepi pantai.

Ah! Pantai lain pun boleh lepak. Ye betul tu. Tapi anda sudah ke sini. Rugi jika tak nikmati pemandangan indah sambil lepak-lepak di pantainya yang putih bersih ni. Bila lagi nak buang segala stress yang bersarang dalam kepala tu kan? Inikan pulau! So let’s get some me time and it’s free.

IMG_8573_edited-r

Sewaktu gambar ini diambil matahari sedang tegak atas kepala. Panas tapi angin bertiup menyegarkan badan disertai pemandangan indah ini.

IMG_8840_edited

Selain daripada pasir yang putih di pantai ini, kebersihan di sekitar di pantai Pulau Boracay juga di jaga dengan baik. Tiada sampah yang kelihatan.

IMG_8833_edited

Kadang-kala tak perlu kerusi pun. Sekadar lepak dan lihat pemandangan di sini sudah cukup menyeronokkan.

8. Kejar matahari terbenam – Percuma.

Dapatkan spot terbaik anda untuk rakam pemandangan matahari terbenam di sini seawal jam 5 petang. Trip ke Boracay takkan lengkap tanpa aktiviti melihat matahari terbenam.

IMG_8781_edited-r

Menunggu matahari terbenam di Boracay sambil melihata parau yang belayar seolah menari-nari di permukaan air.

IMG_9485_edited_edited

Matahari terbenam berlaku dengan pantas di Boracay, sekitar 10 minit saja dan pada ketika saya berada di sini, ia berlaku pada jam 5.35 ke 5.45 petang.

IMG_9575_edited

Melihat langit berubah warna sambil menikmati keindahannya seperti alam berbicara melalui seni yang menakjubkan.

9. Window shopping di D’Mall dan D’Talipapa.

Inilah 2 tempat membeli-belah yang terdapat di sini. Sekadar melihat-lihat dan survey harga barang juga satu aktiviti yang menyeronokkan di sini.

IMG_8984_edited

Jika dilihat bendera yang dipasang ini, nampaknya Boracay menjadi tumpuan warga dari Korea, China, Belgium, Singapura dan beberapa negara lagi.

boracay-island-filipina

Jika anda inginkan cenderahati yang berbeza, cuba lihat-lihat barangan yang ditawarkan oleh peniaga jalanan. Ada antara mereka yang menawarkan cenderahati unik yang tidak ditawarkan di kedai-kedai di sekitar sini.

boracay-island-filipina-1b

Antara barisan kedai yang terdapat di sekitar D’Mall.

10. Bergambar kenangan dengan tarian api (fire dance) – bayaran ikut suka.

aktiviti-malam-di-pulau-boracay-filipina-3

Usah keliru dengan penari tarian api yang seksi ini. She’s a she-male.

Terpulang kepada anda untuk berikan mereka berapa saja sebagai tanda menghargai usaha mereka. Mungkin dalam 50 ke 100 Peso (RM5 ke RM10)

11. Atau ambil gambar kenangan di pantai dengan ukiran pasir seperti ini.

IMG_8689_edited-r

Bayaran ikut suka. Kira sedekah saja untuk anak-anak ini. Dan ada diantaranya adalah anak-anak Muslim dari Mindanao.

12. Helmet Diving dari serendah 350 Peso (RM35) selama 30 minit.

Lokasi : Station 3. Jika anda bukan penyelam scuba, inilah peluang anda untuk melihat dasar laut dengan menggunakan Helmet Diving. Dengan bayaran 350 Peso ini juga anda akan dapat gambar dan rakaman video sewaktu anda lakukan aktiviti ini. Saya tidak berpeluang lakukan aktivit ini, tapi saya dapat rasakan ia antara aktiviti yang menyeronokkan kerana air di sini yang sangat jernih.

13. Ride the Zorp – 400 Peso ke 500 Peso (RM40 ke RM50).

buggy-ride-boracay-island-2

Selain menunggang ATV dan buggy, anda boleh juga lakukan aktiviti lain seperti menunggang segway dan zorb ride. Kami hanya lakukan aktiviti menunggang buggy.

Saya juga tidak berpeluang lakukan aktiviti ini sewaktu lawatan kali ini. Mungkin di lain waktu, jika ada rezeki.

14. Bergambar di Willy’s Rock – percuma.

Salah satu landmark di Boracay adalah Willy’s Rock. Ia terletak di Station 1. Jika anda berkunjung ke Boracay pastikan ambil gambar kenangan di sini.

Apa Willy’s Rock ni? Ianya adalah pulau kecil di tepi pantai. Di atasnya ada gereja kecil (sangat kecil). Sewaktu air surut, anda boleh berjalan kaki dari pantai ke pulau ni.

williy's-rock-boracay

willy's-rock-boracay-2

Inilah Willy’s Rock yang menjadi antara mercu tanda di Pulau Boracay. Pastikan anda bergambar di sini jika dah sampai ke Boracay.

15. Lepak di Pantai Puka tanpa gangguan.

IMG_8877_edited

IMG_9028_edited

Bayaran 23 Peso (RM2.30). Jika anda tak nak diganggu oleh para ejen pakej aktiviti di sini bolehlah berehat dengan aman sambil nikmati bayu laut di pantai ini. Untuk ke sini perlu sewa tuk-tuk dengan bayaran 100 Peso (RM10) dari white beach.

Tak perlu tempah tuk-tuk di kaunter tapi anda perlu berjalan beberapa meter dari pantai hingga jumpa tuk-tuk yang sedang lalu di situ. Tahan saja mereka dan minta hantar ke Puka Beach. Tuk-tuk mudah didapati di Station 2.

boracaydiary

Oh ya, kesemua aktiviti berbayar yang saya lakukan di atas telah ditaja oleh BoracayDiary.com. Malahan sebelum berpisah mereka sempat berikan tanda kenangan berupa kad perniagaan yang juga merupakan USD thumbdrive. Sangat kreatif sekali! Sesiapa yang terima kad begini pastinya akanmenjaganya dengan baik.

AirAsia kini merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke Kalibo, Filipina 7 hari seminggu tanpa henti untuk membawa anda bercuti ke Pulau Boracay melalui 2 penerbangan berikut:

  • AK608 dari KLIA 2 ke Kalibo (KUL – KLO) bertolak pada jam 10.30 pagi dan tiba di Kalibo pada jam 2.45 petang.
  • AK609 dari Kalibo ke KLIA2 (KLO – KUL) pada jam 3.15 petang dan tiba di KLIA2 pada jam 7 petang.

Kini tiada lagi halangan untuk anda rasai percutian menarik sambil mencuba aktiviti seperti yang telah saya lakukan di atas. Jom ke Boracay!

Sebelum itu, baca 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram