Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, orang ramai nampaknya tidak lagi bebas untuk melancong atau menjalankan aktiviti sukan di luar negara. Oleh yang demikian, destinasi dalam negara antara yang menjadi pilihan.

Dalam pada itu, penularan wabak COVID-19 secara meluas di Sabah baru-baru ini secara tidak langsung membantutkan misi mereka yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu dalam tempoh terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laman rasmi Facebook Mount Kinabalu, mereka memaklumkan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu terpaksa ditutup seketika bermula 25 September sehingga 8 Oktober 2020 bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 serta membolehkan pihak mereka menjalankan proses sanitasi.

Difahamkan penutupan Kompleks Taman Kinabalu terpaksa dibuat selepas terdapat pendaki dari Tawau yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 didapati positif

Pihak mereka turut mengumumkan sedang menghubungi para pelancong yang terkesan dengan penutupan sementara Gunung Kinabalu dalam menawarkan altenatif lain. Selain itu, pihak Taman Kinabalu turut memohon mereka yang membuat tempahan pada tempoh berkenaan diminta untuk menghubungi mereka.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, para netizen dilihat setuju dengan keputusan yang dijalankan dimana keselamatan diutamakan dalam menjamin rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Tular beberapa hari yang lalu di media sosial apabila terdapat pengunjung yang melanggar peraturan hotel 5 bintang dengan membawa periuk nasi dan tilam sendiri.

Peraturan Diperketat, Pengunjung Hotel 5 Bintang Bawa Periuk Nasi Dan Tilam Sendiri Buat Netizen Berang

Untung Besar Di Tengah Pandemik COVID-19, Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion