Masih ingat lagi tak bila kali terakhir anda mewarna? Aktiviti mewarna ini sebenarnya sangat seronok, ia mewujudkan suasana pembelajaran positif dan baik untuk perkembangan minda.

Bercerita tentang mewarna, kali ini kami bawakan satu kisah inspirasi bagaimana aktiviti mewarna ini boleh jadi sangat menarik. Mewarna boleh mengasah daya kreativiti terutama kanak-kanak, idea ini mungkin anda boleh gunakan untuk meluangkan masa bersama anak-anak di hujung minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mewarna tidak semestinya pada kertas sahaja, banyak lagi objek yang boleh digunakan. Contohnya seperti idea mengecat batu oleh ibu kepada 6 orang anak ini.

Menurut artikel yang disiarkan di laman boredpanda, aktiviti mengecat batu bersama anak-anak mereka ini sudah lebih dari setahun dan kini mereka sudah berjaya mengecat lebih dari 1,000 biji batu. Awesome sungguh!

Setiap batu mewakili watak yang berbeza-beza, ini menjadikanya nampak lebih unik dan comel. Bukan itu sahaja, selain kelihatan comel batu-batu ini juga boleh digunakan dengan pelbagai fungsi seperti menjadi alat penyendal pintu, hiasan, penindih kertas atau apa sahaja yang sesuai.

Kreatif bukan?

Sekarang anda bukan sahaja boleh melatih perkembangan minda anak-anak, silap hari bulan boleh jana pendapatan lagi. Masih tercari-cari aktiviti apa sesuai dilakukan bersama si kecil, anda boleh cuba idea mengecat batu ini. Guarantee seronok!.