Semua ibubapa mahukan anak yang bijak pandai agar cerah masa depan anak dan keluarga. Ia satu kebanggaan terutama apabila anak sendiri melebihi anak orang lain.

Keinginan anak genius ini dibentuk semasa mengandung lagi. Ada bakal ibu membaca al-Quran, ada yang membuat sudoku, ada yang mahu elemen positif sahaja di persekitaran dan lain-lain lagi usaha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini menunjukkan ramai percaya anak boleh dirangsang pertumbuhan otak sejak dalam kandungan lagi. Tapi jika anda tidak melakukannya, jangan risau kerana hari ini saya mahu kongsi 15 aktiviti ini.

Rangsang Anak Jadi Genius

1. Susukan Anak

Ibu sedang menyusukan anak dengan dilindungi nursing cover.

Menyusukan anak dengan susu badan sahaja sekurang-kurangnya 6 bulan pertama hingga 2 tahun, jika mampu, dapat bantu meningkatkan IQ anak. Anda boleh dapatkan nursing cover dengan pelbagai corak dan warna di sini.

2. Hasilkan Buku Skrap Binatang

Buku skrap juga boleh digunakan untuk catatan memori bersama anak. Gunting dan tampal gambar-gambar binatang untuk dijadikan buku skrap.

Boleh gunakan gambar yang diambil ketika melawat zoo, menggunting gambar dari surat khabar, majalah atau buku lama untuk hasilkan buku begini. Labelkan nama haiwan untuk anak buat rujukan. Selain buku skrap haiwan, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi rangkaian jenis buku skrap khusus untuk anak anda di sini.

3. Nyanyikan Lagu

Mikrofon untuk kanak-kanak

Pilih lagu-lagu rakyat atau lagu yang berunsur pendidikan dan nyanyi pada anak. Untuk anak yang sudah boleh bercakap, boleh ajar anak menyanyi bersama. Antara kebaikannya, anak dapat belajar sambil bergembira. Klik di sini untuk dapatkan mikrofon yang fancy ini dengan harga diskaun sehingga 44%.

4. Main Dengan Warna

Jenga ini menarik kerana dadunya mengikut warna, bukan nombor. Jadi, anak boleh belajar warna sambil bermain Jenga

Sangat bagus dedahkan anak tentang warna sejak awal. Aktiviti ini juga mudah dilakukan, boleh gunakan mainan atau apa sahaja objek berwarna yang ada di sekeliling. Boleh juga perkenalkan anak dengan warna air, berus dan kertas. Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti anak. Anda boleh dapatkan jenga bewarna ini dengan separuh harga hanya di sini.

5. Guna Kad Imbasan

Ini flashcard 4D yang bersifat interaktif yang boleh menarik minat anak

Bermain dengan kad imbasan merupakan antara aktiviti yang menyeronokkan dan efektif. Anak cepat belajar dengan menggunakan kaedah ini. Ia juga tidak membosankan kerana kad imbasan boleh dipelbagaikan temanya.

Memandangkan kad imbasan 4d ini merupakan teknologi yang masih baru, kami yakin ibu bapa juga bakal terhibur bermain bersama anak menggunakan kad imbasan ini. Klik di sini untuk membuat tempahan.

6. Buat Kraf Tangan

Gambar: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Ajak anak sama-sama buat kraf tangan mudah. Contohnya kraf kertas. Gunting dan tampal kertas warna atau membuat origami.

Buntu mencari tempat untuk mendapatkan alat bantuan membuat kraf tangan? Dapatkannya di sini.

7. Melukis

Lukis apa sahaja objek. Mulakan dengan yang mudah contohnya bentuk asas seperti bulatan, segi tiga dan segi empat. Kemudian boleh teruskan kepada objek yang lebih kompleks seperti haiwan dan buah-buahan. Menggunakan drawing board yang besar ini mungkin bakal mengelakkan anak anda daripada ‘melukis’ di tempat yang tidak sepatutnya.

8. Bercerita

Anda boleh guna puppet sebagai watak-watak dalam cerita. Sangat beruntung jika ibu atau bapa pandai bercerita pada anak. Namun jika tiada idea mahu berkongsi cerita apa, ibu bapa boleh bercerita kisah-kisah Nabi, haiwan teladan atau sifat moral dengan membaca buku cerita pada anak. Anda boleh dapatkan puppet comel ini di sini.

9. Bermain Teka-Teki

Pasti terhibur apabila main teka-teki bersama anak

Aktiviti ini menggalakkan anak berfikir. Cuba berikan teka teki mudah. Kemudian berikan bayangan jawapan. Bila anak dapat meneka dengan betul, berikan pujian supaya keyakinan diri anak meningkat. Anda boleh dapatkannya di sini.

10. Doa Sambil Nasihat

Buku interaktif menggunakan pen khas yang akan mengeluarkan bunyi apabila diarahkan ke atas muka surat buku ini. Doa, selain dibaca selepas solat, boleh dibaca pada bila-bila masa. Ajarkan anak doa ringkas dan selitkan juga fadhilat doa tersebut. Anda boleh dapatkan buku doa khusus untuk kanak-kanak ini dengan separuh harga di sini.

11. Sertai play group

Pada umur 3 ke 4 tahun, anak-anak sudah boleh didedahkan kemahiran bersosial dan bergaul dengan kanak-kanak seusianya. Anak dapat bermain dan melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Aktiviti ini juga dapat mendidik anak sikap bekerjasama dan toleransi.

12. Kurangkan TV

Kurangkan waktu menonton TV kerana ia adalah komunikasi sehala sahaja yang mana kurang membantu untuk merangsang otak anak. Anda boleh galakkan anak lakukan aktiviti lain seperti di atas.

13. Belajar Muzik

Aktiviti ini menggalakkan daya fokus dan kreativiti. Boleh masukkan anak ke kelas piano, violin atau gitar. Mendapatkan drum set ini mungkin langkah awal terbaik sebelum menghantar anak anda ke kelas yang lebih serius dan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sesebuah alat muzik.

14. Akrab Dengan Buku

Tidak dapat tidak, mahu jadi pintar perlu banyak membaca. Dedahkan anak dengan buku sejak kecil. Ibubapa juga harus membaca dan berdamping dengan buku sebagai contoh kepada anak. Rak buku yang berwarna-warni ini mungkin boleh dijadikan motivasi anak anda supaya rajin membaca.

15. Beriadah

Aktiviti ini menyihatkan tubuh dan menggalakkan cara hidup aktif. Bila anak sihat, minda lebih cergas. Boleh beriadah di taman rekreasi, padang atau pantai. Ibu bapa juga boleh dedahkan alam sekitar pada anak dengan lebih dekat. Dapatkan outdoor trampoline ini dengan harga diskaun di sini.

15 cara di atas ini adalah antara yang ibubapa boleh lakukan demi kegeniusan anak. Pilih cara yang sesuai dan mengikut kemampuan anda untuk merealisasikannya. Biar 1 tapi konsisten.

Sebelum mengakhiri artikel ini, saya ingin kongsi salah satu quote daripada seorang pakar untuk anda renung-renungkan:

“Matikan TV, mintalah anak keluar rumah, mendekatkan diri dengan alam dan mengolah tubuh, merupakan salah satu kaedah terbaik untuk melatih anak menjadi pandai, tangkas dan bertubuh sihat.”