Petang tadi bekas rakan sekerja ajak melepak. Sebenarnya dia ex-boss aku, baik orangnya. Tak suka gaduh, senyum selalu dan susah nak cakap tidak, semuanya ok, boleh.

Kalau ikut buku Personality Plus, ex-boss aku ni klasik Phlegmatic-Sanguine. Kalau ada orang yang tak suka dia memang pasti mamat ni yang problem, bukan ex-boss aku. Susah nak jumpa orang sebaik dan sepositif dia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dulu masa kerja sekali, aku ni ibarat ‘problem child’, semua benda aku nak langgar tapi ex-boss aku ni lah yang ajar aku bertenang. Walaupun dah 9 tahun aku meninggalkan dia, kami masih berhubung baik. Kadang-kadang ex-boss aku ni dah macam ‘shrink’ aku.

Ex-boss aku ni ada diploma saja, tak ada degree tapi i, semua benda boleh buat. Boleh bertutur bahasa Inggeris tapi taklah macam Faizal Tahir, biasa-biasa saja. Aku tak pernah anggap ex-boss aku ni orang akademik sebab dia bukannya orang yang rajin membaca.

Walaupun dia tua 9 tahun daripada aku, tak pernah dia gunakan faktor ‘aku makan garam lebih daripada kau’ pada aku. Dia tahu aku ni agresif dan banyak membaca, selalulah dia yang ikut rentak aku. Banyak kali dia tengok aku terjun longkang disebabkan kedegilan aku, tapi tak pernah dia perleceh aku.

Nak jadi cerita, tahun 2013 aku ajak dia sambung belajar, buat MBA di UUM. Aku dah separuh jalan dah masa ni. Aku pesan kat ex-boss aku, jangan risau, aku bantu, aku kawtim segala-galanya. Ada 14 subjek semuanya rasa aku. Bila dia tanya pada aku,

“Afzan, apa subjek yang susah?”

“Ala. Yang susah tu 2, 3 je. Jangan risaulah,” jawab aku tapi dalam hati aku cakap, untuk hang, semua subjek susah. Tapi aku tak sampai hati nak beritahu. Kadang-kadang dia komplen,

“Hang cakap subjek sem lepas susah, tapi awat yang ni pun susah jugak?”

Aku cakap, “Ala. Sem ni je susah, sem depan ok lah.”

Lama-lama dia tahu game aku sebab sem depan pun dia tanya soalan yang sama. Sampai sekarang kami gelak terkekek-kekek kalau teringat.

Bukan aku nak pandang rendah pada dia, tapi aku kenal dia, keupayaan dia. Lagipun kali terakhir dia serius belajar ialah masa aku sekolah rendah lagi, tahun 80-an. Bayangkan dah berapa lama dia tak buka buku akademik.

ex-boss-2
Gambar sekadar hiasan.

Dipendekkan cerita, tahun 2015 dia grad, habis juga. Biasalah, dah habis Master, ramai kawan ajak buat DBA atau PHD. Aku memang taklah sebab aku sibuk dengan ‘benda’ aku tapi ex-boss aku ni serius pula fikir nak teruskan perjuangan.

Banyak kali aku bagi ‘hint’ buat PHD ni susah. Walaupun dia dah pergi kolokium beberapa kali, aku masih tak yakin dia boleh lakukan ini. Dah serahkan proposal pun masih aku ragu-ragu lagi. Proposal lulus pun aku was-was lagi.

Akhir sekali kami bersembang, hujung tahun lepas.

Tadi, selepas berbulan-bulan tak bertemu, dia kata pada aku,

“Weh. Aku dah lepas dah 2 subjek yang wajib tu.” Nak tersembur teh tarik aku sebab aku ingat dia dah drop idea sambung belajar tu. Diterangnya satu-persatu apa yang bakal dibuat sampai proposal defence.

Dan buat pertama kalinya aku rasa, mungkin orang tua ni boleh lakukannya.

‘Huff and puff what may be, he will makes it through, unbelievable!’

Makanya, apa pengajaran untuk aku hari ini? Banyak.

1. Usia bukan penghalang (50 tahun dah oiii).

2. Aku tak boleh protect orang selama-lamanya. Kalau nak tengok orang tu terbang tinggi, aku kena belajar lepaskan dia.

3. Kalau ada ‘sebab yang kuat’, bagaimana nak menghadapinya bukanlah masalah besar lagi.

4. Never underestimate human determination.

Bahasa Inggeris ex-boss aku masih biasa-biasa, minat dia hendak membaca masih seperti dulu juga, gangguan dan cabaran akan berganda, tapi yang aku tahu, ex-boss aku pasti akan selesaikan perjuangan.

Kita selalu dengar cliche be a leader, not just manager. Bukan senang nak jadi satu, tapi ex-boss aku ni thru-and-thru real leader. Kalau dia suruh aku terjun dalam lubang, aku terjun tak banyak soal. Ok. Aku tanya juga 2, 3 soalan tapi terjun tetap terjun.

Sebab apa aku masih stick dengan ex-boss aku ni dari dulu sampai sekarang? Sebab dia tak habis-habis ajar aku pasal hidup walaupun dia tak pernah nak mengajar sebenarnya.

PS: Kalau korang ada ex-boss yg bagus, apa kata call just to say hi today.