Pelik tapi benar, orang yang kacak juga sukar mencari kekasih hati. Mungkin anda pernah dengar persoalan ini:

“Acap, aku boleh dikatakan sebagai kacak tapi kenapa aku susah untuk mendapat kekasih? Aku sangat tidak faham apabila lelaki hodoh mampu dapat kekasih yang sangat ‘hot’ dan cantik. Tapi kenapa aku tidak?”

Wajah mampu membuatkan seseorang wanita itu tertarik kepada anda. Tetapi ciri itu bukanlah keutamaan bagi kaum wanita apabila mereka mahukan seorang lelaki di dalam hidup.

Diakui ada sebahagian wanita memilih lelaki yang sangat kacak untuk dijadikan kekasih mahupun suami dan wanita seperti ini akan menolak cinta dari lelaki yang tidak kacak dan tidak mencapai tahap piawaian yang ditetapkan mereka.

Tetapi golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan minoriti.

Majoriti perempuan masa kini lebih berfikiran terbuka, yang mana mereka lebih cenderung menjalinkan hubungan dengan berbagai-bagai jenis lelaki dari segi rupa paras, status kewangan, ketinggian, berat dan sebagainya.

Mereka menganggap selagi lelaki itu mampu membuatkan mereka tertarik dan mabuk cinta kepadanya itu sudah memadai.

Kebanyakan wanita tidak memilih lelaki semata-mata kerana rupanya. Kebanyakan wanita lebih melihat kepada ciri dalaman lelaki yang lebih penting seperti keyakinan, kebolehan untuk membuatkan wanita ketawa, potensi untuk berjaya di dalam hidupnya, keupayaan untuk melayannya seperti seorang puteri dengan gaya maskulin lelaki itu dan dihormati haknya sebagai seorang wanita.

Jika anda memiliki ‘good looking’ atau berbadan ‘sado’ tetapi anda tidak mempunyai keperibadian seperti yang dimahukan oleh wanita, anda tetap akan ditolak.

Maksud saya keperibadian itu adalah seperti tidak terlalu peramah atau perbualan yang membosankan, terlalu baik terhadap wanita sehinggakan wanita merasakan mereka pula tidak layak untuk anda dan menganggap hubungan anda dan dia lebih kepada ‘friendzone’, bukan sebagai kekasih atau bakal suami.

Analogi Burung Merak

Di dalam spesis burung merak, burung jantan akan mengembangkan ekornya untuk menunjukkan corak warna warninya dengan harapan burung betina akan memilihnya sebagai pasangan.

Bagi manusia pula, wanita akan berpakaian menarik dan memakai alat solek dengan harapan lelaki akan tertarik kepadanya.

Dan lelaki pula keliru dengan semua mesej iklan yang mereka lihat di kaca TV. Lelaki kacak itu digambarkan memiliki ‘6 packs’ dan memakai pakaian fesyen terkini. Penampilan seperti itu digambarkan menjadi pujaan dan idola wanita.

Sebenarnya, wanita suka kepada lelaki yang tidak berperwatakan seperti burung merak itu. Wanita tidak tertarik dengan lelaki yang cuba menggunakan rupa parasnya yang kacak untuk menarik perhatian wanita. Sebaliknya wanita suka lelaki yang menggunakan personaliti, tingkah laku dan kemahiran berkomunikasi yang baik sehingga wanita rasa selesa disisi dalam setiap keadaan.

Jika anda mampu untuk menarik seorang wanita dengan perkara-perkara tersebut, kebanyakan wanita (bukan semua) akan terlupa bahawa anda adalah lelaki tidak kacak tetapi kelihatan seperti model lelaki yang sempurna di hatinya.

Fakta pelik mengenai tarikan lelaki terhadap wanita

Apabila lelaki berjaya menarik perhatian seorang wanita dengan cara menampilkan keyakinan diri, gaya percakapan yang menarik, humor, berbakat istimewa atau kemahiran, dan lain-lain, ia mampu buat wanita itu melupakan tanggapan awal terhadap lelaki itu.

Jika lelaki itu hodoh atau sebelum ini tidak menarik baginya, wanita itu akan menerima lelaki itu seadanya apabila lelaki itu memiliki ciri-ciri yang diingini seperti comel, seksi, menarik, dan memikat.

Jika sebelum ini lelaki itu mempunyai berat badan berlebihan (gemuk), mempunyai jurang antara gigi, pendek, botak atau dari bangsa yang anda fikir tidak menarik, selepas mengenali dengan lebih dekat, wanita akan mula mencari perkara yang menarik mengenai lelaki itu.

Justeru itu, sangat malang bagi lelaki kacak yang tidak memahami makna tarikan sebenar. Kegagalan lelaki kacak menyebabkan wanita jatuh hati kepada lelaki yang dikategorikan sebagai hodoh atau tidak mempunyai rupa. Ini boleh terjadi apabila lelaki golongan ini pandai memanipulasikan kualiti diri mereka walaupun mereka tidak mempunyai rupa yang kacak.

Baca: 7 Cara Buat Wanita Jatuh Cinta, Walaupun Anda Bukan Lelaki Idaman Malaya

Fakta tarikan ini adalah sangat sukar untuk diterima oleh lelaki kacak di seluruh dunia termasuklah saya sendiri tetapi kita haruslah akui bahawa ia adalah realiti sebenar yang sedang berlaku setiap hari di sekeliling dan di depan mata kita.

Orang boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tetapi realitinya adalah wanita sangat unik dan mereka tertarik kepada anda daripada pelbagai segi, bukan kerana rupa dan wang semata-mata.

Kebanyakan lelaki gagal untuk memikat wanita cantik kerana mereka mendekati dan memikat wanita dengan cara yang salah kerana wanita cantik juga sama seperti wanita-wanita lain.

Ini ciri-ciri lelaki idaman Mira Filzah:

https://www.youtube.com/watch?v=ty9tkBo5S2Q