Hangat dibincangkan mengenai Syamsul Yusof sejak akhir-akhir ini apabila beliau ditimpa dengan pelbagai kontroversi melibatkan pelbagai artis secara serentak iaitu Puteri Sarah, Aaron Aziz dan juga Farid Kamil.

Dalam usaha untuk menjelaskan serta menjernihkan keadaan, Syamsul Yusof pada pagi ini dilihat telah memuat naik tiga video melibatkan isu yang berkait dengan tiga pelakon ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengulas mengenai Farid Kamil, Syamsul Yusof secara jelas menafikan dakwaan pernah memukul wanita seperti yang didakwa. Mempunyai ibu, adik perempuan dan anak perempuan, Syamsul Yusof akui sangat menghormati para wanita.

https://www.instagram.com/p/CqJdGyIgW5t/

Penjelasan ini dibuat selepas sebelum ini Farid Kamil mendakwa beliau merupakan kaki pukul serta pernah memukul Diana Danielle sekitar 15 atau 16 tahun yang lalu sehingga membuatkan wanita tersebut trauma sehingga kini.

Syamsul Yusof yang berang dengan kenyataan yang dibuat Farid Kamil turut sedia membawa kes ini ke mahkamah untuk membuat tuntutan saman.

“Awak sedar tak? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau?

Maaf cakap, sebab buktinya tak ada kerana benda tak betul” ulas Syamsul Yusof yang didakwa kaki pukul.

Sementara itu, beliau turut sedia ‘menerima’ sebarang dakwaan daripada Farid Kamil yang boleh dijadikan bukti di mahkamah kelak. Malah, beliau juga memilih untuk tidak membuka pekung kisah lama Farid Kamil kerana isu ini akan tidak berkesudahan.