Entah kenapa ketika aku balik rumah emak kelmarin, TV tidak boleh turn on. Internet pula tiada connection.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Habislah. Gerenti mati kutu anak aku. Laptop, TV, tablet semua tiada cacat fungsi. Aku sudah terbayang anak akan tarik muka panjang berpintal. Boring.

Last-last, semua duduk kat sofa mula memandang satu sama lain. Habis ikhtiar. Tidak bercakap apa. Moment yang jarang aku tengok. Rare.

Yang kakaknya, mula bangun cari sesuatu di celah rak. Dari surat, majalah dan buku dia mula belek satu-satu. Nampak buku dan mula baca.

Yang abang pula memang kaki komputer. Mula minta handphone buruk aku. Tapi tiada bateri, muka abang terus hilang seri.

Tapi dari celah mana, dia jumpa lighter pulak. Ya Tuhan! Dia bakar tisu meja lepas tu ambil ayam lebihan sahur dan mula memanggang. Aku biar aje.

Anak aku yang paling kecil, jumpa kayu. Mula ajak main pedang-pedang. Lepas tu gusti, karate,tendang bola. Macam-macam.

Tiba-tiba semua jadi busy buat hal sendiri. Lepas magrib aku tengok hero-hero mula tumbang. Lembik badan. Pulun main hari siang. Malam tidur awal.

Yang kakaknya malam tu pula pergi terawih di surau ikut Opah dia. Ohoi! Sejuk hati aku.

bila-tiada-internet-2

First time aku rasa mereka boleh hidup tanpa internet, tablet atau handphone. Sekarang aku sudah ada trik rahsia. Jangan kau bagitau anak okeh.

1. Aku padamkan internet untuk beberapa hari. Buat macam alasan, internet kena potong la, kabel hilang la. Rosak la. Lepas tu aku on balik la. Risiko orang tua pulak yang meroyan tidak boleh update status.

2. Aku buat benda yang sama dengan TV. Kalau diorang tiada internet, mesti layan kartun. Sengaja aku lock channel, atau limited subscription. Channel yang ada cuma Berita Jam 10 dan Dokumentari.

3. Kena keluar dari rumah. Pergi camping atau panjat bukit. Biar berpeluh. Biar tiada coverage handphone lagi baguih. Aku bawa diorg pergi pejabat tanah Petaling haritu. Anak aku main kejar-kejar depan kaunter. Gasak.

4. Aku layan cuci tangga dan basuh rumah. Kau suruh anak pancut air, tabur sabun dan sental. 5 minit lepas tu kau tengok anak kau tukar lantai jadi gelanggang skating dan mandi bawah tangga.

5. Selalu hadir dalam hidup anak. Not only exist tapi participate. Ambil bahagian. Layanlah anak main kuda, pedang dan jawab semula soalan dia macam orang dewasa.

Tapi serius aku rasa penat. Tulang belakang aku macam tak boleh lurus rasa. Aku pun tak tahu mana energy diorang dapat. Ke aku dah makin tua? Koh..koh..

Bila aku tengok teringat aku masa kecil dulu. Semua benda ni lagho ini belum pun wujud. Tapi hidup kita gembira. Rasa lebih bermakna. Bahagia je.

Atau kita mungkin lupa kadang kita perlu ada masa untuk ‘divert’ mereka sekejap. Banyak je kita tengok keluarga duduk satu rumah tapi semua tidak ramah.

Bak kata iklan, ‘Disconnect to reconnect’.

Catatan akhir Ramadhan
Irwan Dahnil
Acah Pemutus Internet
Selayang, Malaysia

Baca lagi: Rancang Bawa Isteri Baru Anda Balik Beraya? Baca 11 Tips Ini

Artikel di atas disumbangkan oleh Irwan Dahnil. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group