Ketika kami ke Melaka bulan lalu, sempat kami melawat HQ salah satu jenama lokal hebat, AkuDesign. Jenama ini diasaskan oleh dua orang adik-beradik Afiq Afify Anuar dan Amirel Amen Anuar. Ikuti kisah perjuangan mereka dalam menempatkan jenama mereka ini dalam pasaran lokal tempatan.

1. Salam AkuDesign. Boleh cerita serba sedikit bagaimana jenama ini bermula?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salam Vocket. Sebenarnya AkuDesign ini bermula sejak kami masih belajar lagi di Universiti. Ketika itu tahun 2009 dan idea untuk buka jenama sendiri ini terhasil dalam kereta sahaja sebenarnya. Dulu pada awalnya, kami selalu membeli barangan dari jenama-jenama luar seperti Quiksilver, Billabong,Rip Curl dan banyak lagi.

Kemudiannya saya dan abang saya (Afiq) terdetik, why not kami cuba untuk reka jenama sendiri dan jualnya kepada umum sebab masa itu tak ramai yang berani jual label sendiri. Sebab abang saya suka buat design dan saya pula suka bisnes. Jadi kami gabung dua elemen ini dan jadikan AkuDesign kenyataan.

2. Maksud di sebalik nama AkuDesign

Sebenarnya nama AkuDesign ni kami pilih supaya senang nak ingat. Jadi kami pilih nama AkuDesign. Tetapi secara teknikalnya, nama AkuDesign ini dipilih untuk symbolize sifat individualisme. Contoh macam apa yang terjadi di sekeliling kita, kita tak boleh untuk salahkan orang lain melainkan diri kita sendiri.

3. Berapa orang yang mulakan AkuDesign ini?

Semasa kami mula buat AkuDesign, kami bermula dengan dua orang sahaja. Saya dan abang saya. Dan dari situ dari tahun ke tahun, kami membesar dan kini kami mempunyai staf dan designer tambahan untuk AkuDesign. The team is getting bigger now.

4. Adakah Afiq dan Amirel pelajar jurusan seni visual atau sebaliknya?

Saya dahulu semasa belajar, saya ambil kursus ukur bahan dan abang saya (Afiq) pula architecture. Saya belajar sahaja jurusan ukur bahan ini tetapi end up, saya buat apa yang saya suka. Saya pun ada try untuk bekerja dalam bidang yang saya belajar ini, tetapi nampaknya jiwa tak ada dan saya lebih berminat untuk kembangkan bisnes AkuDesign ini.

5. Bagaimana penerimaan jenama AkuDesign dari pandangan Afiq dan Amirel?

Rekaan terbaru dari ‘The Emblem Series’

Penerimaan pada awalnya orang akan fikir kalau jenama lokal, mesti kena jual murah. Kami langgar sahaja benda tu sebab nama its just a branding. Nama jenama bukan is yang besar. Kalau pandai buat branding dan marketing, jenama itu akan berjaya.

Dahulu dengan sekarang memang sangat berbeza. AkuDesign bermula sebenarnya dari zaman Myspace lagi. Jadi kalau anda pernah ada Myspace, mesti anda dapat agak berapa lama AkuDesign ini sudah bertapak di Malaysia kan? Sekarang ini mudah sebab jenama lokal sudah ada platform untuk orang kenal mereka. Tempatan Fest sebagai contoh.

Penerimaan biasalah apabila makin banyak jenama lokal yang keluar, kita perlu lebih bersaing dan hasilkan design yang lain dari yang lain. Kalau kita pun asyik ikut apa yang jenama lain buat, jenama kita akan sama sahaja dengan jenama-jenama lain. Tak variety. Jadi kita sekarang kena cater peminat setia AkuDesign dari tahun 2009 dan pembeli generasi baru. Rekaan yang mereka suka semestinya berlainan sebab tak semua orang mempunyai minat pada rekaan yang sama.

6. Ada koleksi kolaborasi AkuDesign dengan mana-mana artis ketika ini?

Ada juga beberapa kolaborasi yang kami buat bersama artis dan yang terbaru adalah bersama Altimet. Altimet memang supporter kami saban tahun dan untuk album terbaru Altimet ‘Amboi’, kami approach Altimet dan buat koleksi edisi khas AkuDesign X Altimet. Senang begini sebab Altimet boleh fokus pada album, kami fokus pada merchandise Altimet.

Kita ada juga buat kolaborasi dengan Malacca Cafe dan Cats in The Box di Damansara.

7. Apa perancangan masa depan AkuDesign selepas ini?

Perancangan semestinya kami hendak grow lebih besar lagi jenama AkuDesign ini. Buat masa ini, kami ada flagship store di Melaka dan kami rancang untuk buka beberapa buah outlet lagi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Kami sekarang mempunyai dua division, AkuDesign Clothing dan AkuDesign Creative. AkuDesign Clothing akan mengkhususkan penjualan baju dan aksesori dan AkuDesign Creative pula kami akan provide servis, di mana kami akan cover creative work seperti mural graffiti dan sebagainya.

8. Ada pesanan khusus untuk mereka yang mahu menceburi bidang ini?

Perkara paling penting adalah anda perlu study terlebih dahulu apa yang orang mahu. Study dulu apa yang customer nak, apa yang customer tak nak. Selepas dah habis buat kajian, hasil kajian anda yang terakhir itulah yang akan membentuk identiti jenama anda itu nanti.

Make sure juga barang anda nak jual itu nanti cantik dan buat orang rasa hendak beli. Dan yang terakhir, try to be different than others. Kalau semua sama saja, nanti tak berkembanglah industri kita nanti kan?

Untuk berjaya seperti AkuDesign bukan mengambil masa setahun dua. AkuDesign sendiri mengambil masa lebih 10 tahun untuk menempatkan nama jenama mereka dalam industri pakaian lokal. Kalau mula jual barangan sejak dari zaman MySpace, memang lama sungguh jenama ini.

Kalau anda berminat untuk support AkuDesign, boleh ke laman official mereka di sini. Buat masa ini kolaborasi edisi khas mereka bersama Altimet masih boleh dibeli di sini dan perlu diingatkan edisi Altimet ini adalah edisi khas. Kalau lambat memang tak dapat. Amboi!