Tular pada minggu ini apabila terdapat dua beranak yang ‘menyerang’ sebuah cawangan kedai 7-Eleven berikutan salah faham melibatkan ‘tuduhan’ mencuri di kedai berkenaan.

Situasi tegang tersebut turut ditonton oleh para netizen selepas beliau membuat Facebook Live sewaktu di kedai tersebut sekaligus membuatkan wanita yang dikenali sebagai Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura menjadi perhatian. Beliau kemudiannya sekali lagi menjadi buah mulut netizen berikutan video lama beliau yang mengecam servis KFC kembali tular.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, beliau menerusi Facebook Live tampil sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai serta netizen mengenai tindakan yang dilakukan beliau.

https://www.tiktok.com/@aaafiee_/video/7071442707004050714?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo88%2BwfCv4mFrjhRReE4ovggqixRGdPt8sazT%2Bo72UkPhatsq5LNzQXzsnxyoySt3N8ex%2BxnoS0pUbTVHjqGgA%3D&_r=1&checksum=92a4887fb9e070a0d1b323be54158d11534a671169eac33d883a5fb4a8f3f4fb&language=en&mid=7052980145695279105&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAcIgn1WomWIlKSel6fYzmjj1nlDK5aFFY32xLJuyZcBAV5M8k4erAskyWhmn8PCBB&share_app_id=1180&share_item_id=7071442707004050714&share_link_id=9F316A5F-F62B-4E3A-A297-CF03C2EFB569&social_sharing=v1&source=h5_t&timestamp=1646537107&tt_from=copy&u_code=dg14j331981m34&user_id=6904259679145395201&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy

Dalam pada itu, apa yang mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini apabila Kak Long memaklumkan anak beliau sedang sakit dan turut dibawa bertemu ustaz dalam mendapatkan rawatan sebagai langkah ikhtiar.

Mengulas mengenai sakit yang dilalui anaknya, Kak Long memilih untuk tidak berkongsi dengan lebih lanjut kepada netizen. Sementara itu, beliau turut mengakui beliau seorang insan yang lemah serta gagal mendidik anak-anaknya.

Beliau turut memohon kepada orang ramai agar berhenti mengecam serta mendoa-doakan perkara yang tidak baik kepada beliau sebaliknya memberi didikan agama buat beliau.

Video terbaru beliau ini nampaknya telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen yang mencadangkan agar ibu bapa berubah terlebih dahulu sebelum mengharapkan sikap anaknya berubah. Berikut merupakan antara komen netizen terhadap video terbaru Kak Long ini.

Sumber: Tiktok aaafiee_
Sumber: Tiktok aaafiee_

Sementara itu, Kak Long turut memaklumkan tidak akan berdiam diri daripada media sosial meskipun dikecam kerana tidak mahu lari daripada kesilapan beliau.

Ketahui lebih lanjut isu yang berlaku melibatkan dua beranak ini di 7-Eleven dengan klik pautan di bawah.

Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen

Dikecam Beri Susu Hampir Tamat Tempoh Secara Percuma, Ini Jawapan Wakil Nilofa