Tular pada minggu lalu apabila program realiti TV, Big Stage musim kedua yang baru sahaja membuka tirai minggu pertama menjadi hangat selepas Ajai selaku juri tampil dengan memberi komen pedas kepada peserta Hafiz Zainal. Melabelkan peserta dengan suara sumbang dan menyarankan untuk pengsan daripada penyanyi antara mengejutkan para penonton dan netizen.

Tidak hanya memberi komen yang pedas, pemberian markah terendah sepanjang sejarah Big Stage iaitu sebanyak 2% telah membuatkan nama Ajai trending di Twitter dimana para netizen hadir dengan petisyen untuk Big Stage menggantikan Ajai dengan juri yang lain.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Selain para netizen, Khir Rahman juga turut tampil dengan tweet dalam mempertikaikan markah yang diberikan Ajai terhadap peserta Big Stage.

Dalam pada itu, semuanya berbeza pada malam tadi apabila Ajai tampil membuat kejutan dengan memohon maaf secara terbuka kepada Hafiz sebelum bermulanya konsert secara langsung.

Menurut Ajai, beliau akui kesalahan beliau di atas ketelanjuran kata yang diberikan kepada Hafiz Zainal pada minggu pertama namun sebagai juri, beliau memaklumkan semua itu hanyalah disebabkan prinsip yang dipegang beliau serta tidak lain dan tidak bukan untuk melihat perkembangan yang lebih baik daripada para peserta.

Selain Ajai, program realiti TV, Big Stage turut diadili oleh Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah yang tampil agak neutral dalam program tersebut.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku antara Ajai dan Hafiz sewaktu konsert minggu pertama Big Stage dengan klik pautan di bawah.

‘Remove Ajai As Jury’ Trending Selepas Beri Markah Hanya 2% Untuk Peserta Rancangan Realiti

‘Remove Ajai As A Jury’, Netizen Bandingkan Cara Profesional Juri Di Indonesia Dengan Malaysia

Anda Mungkin Suka