Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini tular kemelut yang berlaku antara pasangan usahawan Nur Amirah dan El Azman apabila Nur Amirah mendakwa suaminya iaitu El Azman telah membuang namanya daripada syarikat walaupun dirinya merupakan pengasas bersama jenama pakaian Elrah Exclusive.

Hal tersebut telah mendapat perhatian netizen dan El Azman telah memberikan respon berhubung isu itu di Instagram miliknya. Menurutnya, setiap ujian yang diturunkan adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya.

Malah, El Azman juga percaya disebalik kesabaran menghadapi dugaan akan membuatkan individu itu makin dekat Maha Pencipta. Tambahnya, walaupun dicaci, dihina atau difitnah tetapi tetap bersabar dan redha maka semuanya akan kembali baik semula.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan mustahil untuk mendapatkan masa, kebahagiaan dan harta sekali gus. Malah, dirinya berharap dapat mengecapi semua itu dalam kehidupannya.

Bagi anda yang terlepas isu ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Dibuang Dari Syarikat, Usahawan Ini Kecewa Dikhianati Suami Sendiri

Buat Pinjaman Peribadi Atas Permintaan Bekas Suami, Wanita Ini Dibebani Hutang Sebanyak RM200,000

Anda Mungkin Suka