Sejak beberapa tahun terakhir ini, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seolah tidak pernah lekang daripada perhatian media. Bukan itu sahaja, kontroversi serta telatahnya sering kali menjadi buah mulut netizen. Malah, pemilihan beliau beribadat seperti wanita antara yang membuatkan pihak penguasa membuka mata terhadap perlakuan beliau.

Sajat pada tahun ini sekali lagi menimbulkan kontroversi sekaligus menjadi buruan pihak penguasa setelah dilaporkan telah ‘lari’ ke Thailand sebelum berpindah ke Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Sajat, tindakan beliau untuk tidak berada di Malaysia adalah disebabkan berasa dikongkong sekaligus membuatkan beliau memilih untuk berhijrah.

Sumber: utusan

Terbaharu, usahawan ini nampaknya berjaya meraih perhatian media negara luar iaitu The New York Times di mana beliau berkongsi dengan lebih lanjut mengenai keputusan yang dibuat serta pilihan beliau untuk berpindah ke Australia.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Sajat yang mendakwa dirinya sebagai transgender memaklumkan beliau berasa lebih selamat dan ‘bebas’ untuk menjadi diri beliau sendiri di Australia.

Sumber: Instagram nursajatkamaruzzaman

Sajat juga turut mendakwa undang-undang di Malaysia seolah menghukum beliau yang lahir sebagai transgender. Sewaktu di Malaysia, beliau dikatakan turut dilayan dengan kasar oleh tiga pihak penguasa yang menyepak beliau. Bukan itu sahaja, Sajat turut mengakui telah dicabul oleh pihak berkenaan.

Mengulas mengenai tindakan kasar yang dikenakan, pihak penguasa berkenaan memaklumkan mereka layak berbuat sedemikian berikutan berpendapat Sajat merupakan seorang lelaki.

Beliau dikatakan turut membuat laporan polis mengenai salah laku yang dibuat pihak penguasa tersebut di mana individu-individu tersebut telah dipanggil untuk memberi kenyataan walau bagaimanapun tiada tindakan yang dikenakan selepas itu.

Sekitar lokasi perumahan Sajat di Sydney, Australia. Sumber: The Star

Sajat kini dilaporkan memilih untuk menetap di Australia serta berhasrat untuk membangunkan bisnes beliau di negara tersebut. Beliau juga dikatakan turut memilih Sydney sebagai tempat untuk beliau menetap.

Usahawan ini turut memaklumkan pihak The New York Times di mana beliau akan terus mengekalkan identiti beliau sebagai wanita kerana jantina tersebut sememangnya mewakili dirinya.

Tular pada minggu ini apabila Tan Sri Vincent Tan selaku individu ke-24 terkaya Malaysia dilihat sekadar memakai selipar Asadi berharga RM15.90 sahaja.

Sekadar Pakai Selipar Asadi, Gambar Vincent Tan Yang Tular Ini Raih Perhatian Netizen

Dituduh Guna Tangkal, KJ Jawab 4 ‘Jin’ Ini Berkesan Untuk Lindungi Malaysia