Ketika ini, boleh dikatakan kos sara hidup kian meningkat dan pastinya gaya hidup sudah berubah sedikit demi sedikit. Bukan hanya bujang yang hidup di kota terkesan tetapi hampir semua orang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial dimana menunjukkan luahan dalam bentuk tulisan yang ditulis oleh seorang suami terhadap isterinya selepas 2 tahun mereka berkahwin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@dhaliashah

Semoga kalian dijodohkan dengan suami yang faham akan tanggungjawab dlm rumahtangga dan sedar diri 😇 #fyp #rumahtangga #perkahwinan #fypシ #kisahviral

♬ Finger Dance TikTok – ZOOZ🇸🇦🐆

Menerusi luahan tersebut, si suami meluahkan perasaan mengatakan bahawa dirinya mulai berasa bosan apabila isterinya tidak lagi menjaga kecantikan diri selepas melahirkan anak pertama mereka. Malah, dia juga telah memberikan RM50 sebulan kepada isterinya dan sepatutnya bolehlah isterinya membeli keperluan agar boleh mencantikkan lagi dirinya.

Tidak hanya itu, dia juga mengatakan bahawa dirinya mampu untuk berkahwin lain dan gaji pokokya sekitar RM1,500 termasuk bekerja lebih masa. Luahan lelaki terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang kemarahan netizen.

https://twitter.com/ilovwkwl/status/1549435175167492096

Para netizen juga mengecam lelaki itu kerana kenyataan dia yang mengatakan bahawa RM50 cukup untuk membeli barangan kecantikan diri sedangkan harga ‘skincare’ bukanlah murah dan boleh mencecah lebih RM300. Malah, rata-rata netizen turut berpesan kepada para wanita di luar sana untuk miliki simpanan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada suami.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Ini Namanya Trend’ – Vivy Yusof Ditegur Netizen Tunjuk Tutorial Gayakan Selendang Nampak Leher

Konsert Dewa 19 Ditambah Satu Malam, Tarikh Sehari Awal Buat Peminat Tegar Kecewa