Semalam kita dikejutkan dengan berita aplikasi Muslim Pro telah menjual data kepada tentera Amerika Syarikat. Disebabkan itu, ramai sudah mula ‘uninstall’ aplikasi tersebut daripada telefon pintar dan mula memuat turun aplikasi lain.

Terbaharu, Muslim Pro dalam satu kenyataan telah menafikan dakwaan dimana data pengguna aplikasi tersebut telah dijual. Muslim Pro juga menegaskan bahawa perkara itu tidak benar dan pihaknya sangat komited bagi menjaga maklumat peribadi serta privasi penggunanya.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

photo_2020-11-18_09-54-32

Malah, pihak Muslim Pro turut memutuskan hubungan perniagaan bersama X-Mode serta merta. Menerusi kenyataan rasmi itu, hubungan antara Muslim Pro dan X-Mode telah dimulakan sejak dari 4 minggu lalu.

Akan tetapi, pihak Muslim Pro tidak menafikan 100% isu yang terjadi disebabkan secara tidak langsung pihaknya mengakui hubungan perniagaan dengan pihak X-Mode. Untuk pengetahuan anda, X-Mode adalah sebuah broker data iaitu syarikat pengumpul dan pembekal data.

Difahamkan, Muslim Pro akan membuat siasatan dalaman untuk menyemak polisi penggunaan data, dan memastikan semua data pengguna diuruskan dengan baik berdasarkan undang-undang perlindungan privasi data.

Bagi anda yang terlepas berita ini semalam, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Aplikasi Muslim Pro Jual Data Pengguna Kepada Tentera Amerika Syarikat?

‘Bahaya’ Cabaran #10YearsChallenge Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

Cambridge Analytica Umum Untuk Tutup Operasi Sepenuhnya

Anda Mungkin Suka