Nama Janna Nick menjadi bualan netizen semalam apabila netizen mendakwa dia ‘miming’ ketika membuat persembahan lagu Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23).
Selepas kantoi dengan netizen, Janna Nick dalam satu kenyataan di Instagram miliknya mengakui bahawa dirinya ‘miming’ ketika membuat persembahan dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Menurutnya, dia mengalami masalah dengan suaranya apabila dijangkiti virus yang mengakibatkan kehilangan suara ketika di Jakarta dua minggu lalu. Walaupun sudah dinasihatkan doktor untuk berehat tetapi peluang untuk menyanyi di pentas itu sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang sememang dinantikannya.
“Tanpa saya sedar pilihan saya komited terus bekerja telah memakan diri. Terima kasih kepada pihak pengurusan Warner Music sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya,” kata Janna
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti memberikan kata-kata semangat untuk Janna dan ramai orang mendoakan agar Janna kembali sihat seperti sedia kala.