Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Caprice mahu mendedahkan keadaan ‘sebenar’ di Gaza. Hal itu mendapat perhatian netizen dan ramai tertanya-tanya apa yang mahu didedahkan oleh beliau.

Akan tetapi, belum sempat mahu mendedahkan hal sebenar, Caprice yang tidak dibenarkan masuk ke Gaza meluahkan perasaan tidak puas hatinya di Instagram dan ‘memetik’ nama Ustaz Ebit Lew mengundang kemarahan netizen.

Para netizen beranggapan bahawa Caprice dengki dengan penceramah bebas itu dan mengecam tindakan beliau. Oleh itu, dalam satu kenyataan di Instagramnya hari ini, Caprice tampil meminta maaf.

Caprice telah membuat permohonan maaf kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ustaz Ebit Lew dan juga kepada rakyat Malaysia.

Malah, Caprice turut akui bahawa beliau terlalu beremosi dan semuanya berlaku disebabkan kesilapan dirinya. Beliau sekali lagi meminta maaf dan akan pulang selepas mengotakan janjinya kepada rakyat Palestin.

Bagi anda yang terlepas kontroversi ‘panas’ ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Caprice Mahu Buat Pendedahan Keadaan Sebenar Di Gaza Dalam Masa Terdekat

Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice

Lelaki Ini Kongsi Cerita Penuh Caprice vs Ustaz Ebit Lew Yang Telah Diringkaskan

Anda Mungkin Suka