Selepas terhimpit dengan pelbagai kontroversi, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau mesra disapa Neelofa memohon maaf secara terbuka berikutan isu melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu majlis pernikahannya bersama jejaka pilihan hati iaitu PU Riz pada 27 Mac lalu.

Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui kesalahannya gara-gara berdegil untuk merentas negeri dan berkunjung ke Pulau Langkawi. Tambah kecewa apabila Neelofa turut berkongsi momen-momen foto dan video aktiviti bersantai di Pulau Langkawi bersama pasangannya pada sekitar minggu yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, rasa kecewa di kalangan netizen terhadap Neelofa dan PU Riz mula timbul selepas selebriti serta pasangannya itu sewenang-wenangnya melanggar kedua-dua SOP PKP berkenaan tanpa memikirkan soal sensitiviti masyarakat umum. Kesal dengan tindakannya, Neelofa telah memohon maaf menerusi satu perkongsian video.

“Saya seikhlas hati memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang kami lakukan. Saya dan suami ingin memohon maaf kerana kurang menjaga sensitivi tentang hal ini.

“Saya sepatutnya memberikan contoh yang baik untuk perkara itu,” ujar Neelofa menerusi video berkenaan yang diwar-warkan kepada media hari ini.

Mengimbas kembali, sebelum ini pihak polis telah membuka siasatan terhadap Neelofa dan pasangannya berikutan kesalahan gagal mematuhi SOP dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa hari pernikahannya yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Berdasarkan video tersebut, Neelofa turut menjelaskan bahawa dia bersama suami serta kedua-dua belah keluarga telah selesai memberikan keterangan di IPD Dang Wangi berhubung isu kesalahan SOP berkenaan.

“Alhamdulillah akhirnya selesai. Saya sekeluarga serta suami dan keluarganya telah hadir di IPD Dang Wangi untuk beri kerjasama dengan pihak berkuasa dan keterangan juga diberi untuk membantu siasatan,” katanya.

Neelofa sebelum ini terhimpit dengan pelbagai kontroversi. Baca lagi pada pautan di bawah.

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

‘Free Marketing’ Seluruh Negara, Neelofa Bersyukur Chatime Di Langkawi Sudah Diketahui Ramai

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Sumber