Al Jazeera, agensi berita antarabangsa yang bertapak di Qatar telah sedikit sebanyak menggangu gugat hati rakyat Malaysia dengan berita palsu yang disiarkan di laman Youtube dengan tajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown pada 3 Julai lalu.

Dokumentari tersebut telah menggambarkan Malaysia seperti negara yang mengamalkan sikap menindas, menekan dan tidak berperikemanusian terhadap warga asing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun ia telah dinafikan sendiri oleh rakyat Malaysia yang tampil mempertahankan tindakan kerajaan terhadap kemasukan warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Screenshot 2020-07-06 at 1.09.48 AM

Apa yang menjadi persoalan kini, apakah motif disebalik kelakuan kurang enak dari Al Jazeera ini? Kalau mahu sampaikan berita, buatlah berita yang betul. Dan kalau mahu memburukkan negara orang, mungkin Al Jazeera boleh lihat negara sendiri dahulu.

Al Jazeera seolah lupa untuk memberitahu bagaimana pekerja warga asing di Qatar, salah sebuah negara terkaya di dunia, dieksploitasi dengan pelbagai jenis tekanan dan penindasan disebabkan sistem Kafala – terutamanya pekerja warga asing yang telah ditugaskan untuk membina beberapa stadium menjelang aksi Piala Dunia nanti.

Sistem Kafala adalah satu sistem yang menindas dan mengikat pekerja warga asing di sana. Sistem ini sah dan berpaksikan kepada tajaan – pekerja warga asing akan terikat kepada majikan/penaja untuk tempoh kontrak mereka. Antara initipati sistem ini adalah pekerja warga asing tidak dibenarkan menukar kerja dan tidak dibenarkan meninggalkan Qatar tanpa kebenaran bertulis dari majikan.

QATAR-WC2022-STADIUM-FATALITIES
The Media Line

Pada bulan Oktober 2013, The Guardian melaporkan bahawa 44 orang pekerja warga asing dari Nepal telah meninggal dunia di Qatar dalam jangka masa dua bulan. Manakala pada 2013 dan 2016, Amnesty International melaporkan bagaimana kerajaan Qatar mengambil sikap ‘pejam mata’ dengan penindasan terhadap pekerja warga asing yang bertanggungjawab membina Stadium Khalifa Doha.

Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) bersatu turut mengeluarkan laporan di mana mereka mengambarkan situasi pekerja warga asing di Qatar yang terpaksa bekerja tanpa gaji dan hidup dalam keadaan yang tidak berkualiti. Dalam satu kes pada Mei 2018, hampir 1,200 pekerja warga asing tidak mendapat gaji selama beberapa bulan dan telah hidup berminggu-minggu tanpa bekalan air atau elektrik.

Pada bulan September 2018 pula, Amnesty International sekali lagi menerbitkan kajian terhadap sebuah syarikat kejuruteraan di Qatar yang telah menyebabkan puluhan pekerja warga asing terkandas dan tidak diberikan wang. Mereka akhirnya terpaksa pulang ke negara masing-masing dengan membawa beban hutang ribuan dolar dan dicampur dengan faedah.

medium-2006785910980899007
Qatari

Manakala pada bulan Mei lalu, The Guardian melaporkan bahawa pekerja warga asing disana terpaksa merayu untuk mendapatkan makanan disebabkan kejatuhan ekonomi serta dasar kerajaan Qatar, di mana syarikat yang terkesan akibat COVID-19 diberi kebenaran untuk menghentikan pekerja atau memberi cuti tanpa gaji.

DW juga turut melaporkan pada bulan lalu bahawa sekitar 100 orang pekerja warga asing dari Asia Tenggara dan Afrika yang bertanggungjawab membina beberapa stadium Piala Dunia Qatar 2022 tidak dibayar gaji selama tujuh bulan. Apa yang lebih kejam lagi, FIFA melaporkan bahawa kerajaan Qatar sedar bahawa pekerja warga asing ini tidak dibayar gaji sejak Julai 2019 lagi.

Untuk rekod, Qatar sebenarnya telah menandatangi satu perjanjian Pertubuhan Buruh Antarabangsa PBB (ILO) pada November 2017 dan berjanji untuk mengubah sistem kerja warga asing.

qatar_2
Global Construction Review

Namun, kenyataannya masih ramai lagi pekerja warga asing di Qatar ditindas dan dinafikan hak mereka. Sebagai contoh, pekerja warga asing dari pelbagai sektor masih dinafikan hak mereka untuk pulang ke negara asal dan gaji minimum yang diterima oleh mereka masih rendah.

Apa yang jelas, perbezaan besar antara Malaysia dan Qatar adalah kerajaan kita masih punya rasa tanggungjawab untuk menyantuni setiap warga asing yang datang bekerja di negara kita. Mereka masih diberi makan dan mendapat layanan yang baik dari pihak berkuasa semasa wabak COVID-19 melanda negara.

Al Jazeera mungkin boleh mula dengan melihat tepi kain sendiri sebelum menyebarkan berita yang tidak enak mengenai negara orang.

Bagi anda yang terlepas mengenai isu laporan salah Al Jazeera terhadap cara kerja kerajaan Malaysia terhadap warga asing, klik pautan di bawah.

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia