Al Meroz, hotel halal bertaraf dunia yang pertama di bangkok. Al Meroz Hotel dimiliki oleh syarikat TS Family Group, hotel mewah empat bintang ini terletak di daerah Ramkhanghaeng, Bangkok.

Mula beroperasi sejak November 2015, hotel ini sedia menerima tetamu muslim dengan menawarkan khidmat layanan yang sudah semestinya patuh syariah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hotel dengan senibina seperti masjid ini memiliki sebanyak 242 bilik tidur, 2 bilik solat dan 3 dewan makan. Lokasi hotel ini juga terletak sangat hampir dengan Masjid Foundation of Islamic Center of Thailand iaitu masjid paling besar di bandar Bangkok.

Pengurus besar Al Meroz, Sanya Saengboon berkata, terdapat lebih dari 1.6 billion umat islam di seluruh dunia. Ia pasaran yang cukup besar. Hanya 1% daripada itu sudah cukup untuk kami berkembang maju.

Hotel ini merupakan satu keselesaan kepada pengembara-pengembara islam di Thailand di mana makanan halal sukar untuk ditemui. Tidak dinafikan terdapat banyak juga hotel-hotel ‘halal’ di Bangkok, tetapi Al Meroz merupakan yang pertama dalam barisan hotel berkualiti.

Harga bilik ditawarkan bermula dari 4,000 baht sehingga 50,000 baht untuk satu malam, kira-kira dalam RM472.00 – RM5900.00.

Mungkin secara kasarnya harga yang ditawarkan agak mahal, tetapi berbaloi untuk satu pengalaman unik seperti ini.

Sumber