Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru sahaja dirasmikan sekitar beberapa bulan lalu, pastinya ramai yang menantikan sambutan dan keunikan litar Mandalika yang baru sahaja dibangunkan di Indonesia.

Dalam pada itu, litar ini nampaknya tidak menunggu lama dalam mencipta ‘keunikannya’ yang tersendiri dengan kehadiran ‘bomoh hujan’ yang didakwa membantu memulihkan cuaca agar perlumbaan dapat dijalankan selepas mengalami hujan yang lebat.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Situasi yang berlaku bukan sahaja mengejutkan warga Indonesia, malah orang ramai seluruh dunia yang terkedu melihat kehadiran ‘bomoh hujan’ yang membawa sebuah sebuah mangkuk serta berjalan berkaki ayam pada litar berkenaan. Berikut merupakan respon netizen terhadap insiden unik yang berlaku.

Setakat artikel ditulis, para pelumba dilihat sedang bersiap sedia di litar selepas disahkan tidak lagi hujan sekaligus membenarkan perlumbaan dapat dijalankan.

Sebelum ini tular di Indonesia apabila seorang influencer disita aset bernilai RM18.7 juta berikutan aktiviti yang dilakukan dalam mempengaruhi orang ramai menerusi kehidupan mewah yang ditampilkan.

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, Polis Sita Aset Milik ‘Influencer’ Ini Bernilai RM18.7 juta

Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai