Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Rafizi Ramli yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada pagi ini telah melangsungkan sebuah sidang media pertama beliau sebagai menteri.

Sidang media yang dilangsungkan awal pagi ini turut dimaklumkan bahawa beliau tidak berminat untuk mengadakan sambutan ‘clock in’ yang sudah menjadi budaya menteri di Malaysia sebaliknya untuk terus melakukan tugas sebagai Menteri Ekonomi.

Baca Juga:

Menerusi sidang media, YB Rafizi Ramli memaklumkan beliau perlu meneliti satu persatu tugas yang perlu diselesaikan sebelum mengumumkan sebarang polisi ekonomi. Beliau juga memaklumkan polisi ekonomi bakal diumumkan beberapa minggu atau bulan mendatang.

Jawab isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan
Sumber: Jakarta Post

Di sebalik sidang media pertama beliau, YB Rafizi Ramli secara jelas memaklumkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sewajarnya diasingkan. Dalam erti kata lain, individu yang memegang portfolio Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seharusnya individu yang berbeza.

“Kalau ikut pandangan saya secara idealnya, kita pisahkan jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dan pendirian itu tidak berubah.” ulas YB Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, melihatkan kepada keadaan semasa di mana kerajaan kini merupakan kerajaan gabungan yang terdiri daripada pelbagai parti komponen, sudah pastinya jawatan Menteri Kewangan menjadi rebutan ramai.

Oleh yang demikian, beliau yang turut bertanggungjawab dalam membentuk kabinet kerajaan terpaksa akur dengan pilihan sukar meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan memandangkan beliau adalah Perdana Menteri bagi mengelakkan sebagai perebutan jawatan.

Dalam pada itu, beliau berharap situasi seperti ini tidak lagi berulang sekaligus mengesahkan prinsip dan pandangan beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=2zaVVrbTRHw