Pada bulan Mac lalu, dunia digemparkan dengan berita kerosakan kapal kargo The Ever Given yang tersekat ditengah-tengah laluan Terus Suez, Mesir selama hampir satu minggu.

Kejadian tersebut telah menyebab menyebabkan satu dunia kerugian sebanyak RM1.6 bilion per jam. Ia bukan sahaja melibatkan kapal-kapal kecil yang lain, bahkan turut memberikan impak besar kepada kerajaan Mesir apabila tidak dapat mengutip bayaran tol daripada kapal-kapal lain yang menggunakan laluan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, beberapa keping gambar terkini The Ever Given tular di media sosial. Difahamkan kapal tersebut baru sahaja sampai di Qingdao, China untuk membaik pulih kerosakan terutama sekali pada bahagian hadapan dan belakang kapal.

https://twitter.com/jsrailton/status/1445380625247125505?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1445380625247125505%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.businessinsider.com%2Fever-given-photos-reveal-damage-from-blocking-the-suez-canal-2021-11

Lebih daripada 1 juta kubik pasir dan lumpur telah dialihkan dari sekeliling kapal semasa para bekerja bertungkus-lumus dalam operasi mengeluarkan kapal The Ever Given yang tersangkut dalam posisi melintang di tengah-tengah laluan Terusan Suez pada bulan Mac lalu.

Ahli sejarah maritim dan profesor Universiti Campbell, Sal Mercogliano ada menjelaskan kerosakan dan kerja pembaikan yang dijalankan oleh kapal kargo besar tersebut menerusi video di platform YouTube.

Pelan pembaikan tersebut diumpamakan olehnya seperti membuat ‘pembedahan kosmetik pada hidung’. Bahagian hadapan kapal tersebut akan dipotong dan digantikan dengan bahagian keluli yang baru dibina. Tambahnya lagi, ini merupakan cara paling efisyen untuk membaiki kapal kargo tersebut.

“Mereka akan memotong seluruh kawasan itu dan menggantikannya dengan bahagian baharu yang mereka telah buat sementara menunggu kapal tersebut sampai di Qingdao,” terang Sal Mercogliano.

Pada masa yang sama, beliau turut berasa luar biasa dan kagum kerana kapal The Ever Given dapat ‘bertahan’ dalam kemalangan yang berlaku selama hampir satu minggu itu.

Kapal kargo The Ever Given berlayar ke Belanda pada 7 Julai lalu dan tiba di Rotterdam pada akhir bulan yang sama untuk menurunkan kesemua kargonya, kemudian berpatah balik menuju ke Qingdao untuk proses baik pulih.

Oleh kerana kemalangan tersebut, kerajaan Mesir telah menahan dan meminta pihak kapal ‘The Ever Given’ untuk membayar sejumlah ganti rugi.

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion

Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam

Kerana ‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Kontena Terperangkap Di Terusan Suez