Syarikat Meta ketika ini dilanda masalah serius sehingga terpaksa mengikut jejak langkah seperti Twitter ekoran pendapatan yang tidak cemerlang dan juga salah percaturan untuk jangka masa panjang.

Mark Zuckerberg kini secara rasminya mengumumkan Meta akan mengurangkan sebanyak 13% angka pekerja mereka di mana membawa kepada pembuangan lebih 11,000 orang pekerja dari syarikatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: PetaPixel

Langkah drastik ini juga merupakan pertama kali bagi Meta mengurangkan angka pekerja dengan drastik. Mark Zuckerberg mengatakan ketika permulaan COVID-19, ramai menyasarkan arena digital akan berkembang pesat dan akan kekal selepas COVID-19 reda.

Beliau yang turut menyasarkan perkara berkenaan sekaligus meningkatkan pelaburan dengan drastik atas sebab beberapa perkara. Namun, perkara sebaliknya pula berlaku sehingga membawa kepada lebih persaingan, kesan makro ekonomi dan pengurangan pendapatan.

Dalam pada itu, Meta terpaksa mengurangkan kos pada perniagaan mereka termasuk mengurangkan bajet, mengurangkan pelbagai kelebihan dan mengurangkan ruangan sewa.

Walaubagaimanapun, Mark Zuckerberg mengatakan akan menawarkan pampasan yang sebaiknya kepada mereka yang terkesan. Meta juga akan berhenti mengambil pekerja baharu sehingga awal 2023 kelak