Pada bulan Februari lalu, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila stok ayam restoran makanan segera KFC tiada. Menurut pihak KFC Malaysia, perkara tersebut berlaku disebabkan gangguan rantaian bekalan ayam yang berlaku di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19.

Menurut laporan, KFC Malaysia sekali lagi berdepan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang pada minggu ini. Hal ini pastinya membuatkan ramai kecewa sekaligus menjejaskan jualan operasi KFC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, hanya menu sampingan dapat ditawarkan buat para pelanggan ketika ini. Malah, situasi tersebut dilihat hanya berlaku di beberapa cawangan sahaja.

Walau bagaimanapun, KFC Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut dan diharap isu ini dapat diselesaikan segera agar para pelanggan dapat nikmati ayam goreng kegemaran mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Bengang Penyakit Isteri Jadi ‘Bahan Gurauan’, Will Smith Tampar Chris Rock Di Anugerah Academy

‘Bersedia Eksport Karipap’- Netizen Bangga Siri Mechamato Terima Sambutan Hangat Di Jepun

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Sumber