Sudah menjadi lumrah, setiap manusia pastinya mendambakan pasangan hidup bagi menjalani hidup bersama. Walau bagaimanapun, kekurangan yang ada pada diri antara yang menjadi faktor penghalang seseorang sukar bertemu jodoh.

Situasi ini turut berlaku kepada seorang lelaki di India iaitu Azim Mansoori yang berusia 26 tahun. Mengalami masalah dwarfisme membuatkan perkembangan Azim terbantut pada ketinggian 60cm sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ezgif-1-f361927ebf5b
Sumber: harian metro

Beliau sebelum ini dilaporkan pernah berhenti sekolah akibat diejek rakan sekelas dikatakan sudah mulai mencari jodoh sejak lima tahun terakhir ini namun untuk mendapatkan seorang wanita yang sanggup menerima Azim apa adanya dilihat agak sukar.

Sebagai langkah ikhtiar untuk mencari jodoh, Azim Mansoori dikatakan telah mulai ke balai polis berdekatan dalam meminta bantuan polis untuk membantu beliau mendapatkan jodoh. Di sebalik permohonan yang dibuat, pihak polis memaklumkan usaha untuk mencari jodoh bukanlah berada dalam bidang kuasa mereka.

SALMAN_KHAN
Sumber: Business Line

Berikutan kisah beliau yang tular di India dan juga seluruh dunia, Azim memaklumkan beliau turut mendapat panggilan daripada pelakon popular Bollywood iaitu Salman Khan yang mahu bertemu beliau di Mumbai bagi menawarkan tawaran untuk beraksi sebagai penari dalam sebuah filem.

Walau bagaimanapun, perkhabaran berita dan tawaran sekali seumur hidup ini tidak diendahkan keluarganya kerana beranggapan terdapat pihak yang cuba menyamar sebagai Salman Khan untuk menipu beliau. Setakat ini Salman Khan masih belum mengesahkan mengenai kisah yang diceritakan Azim ini secara rasmi di pihak media.

Tular sebelum ini apabila bekas atlet bola tampar wanita Indonesia baru sahaja disahkan sebagai lelaki selepas 28 tahun usianya.

Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Disahkan Lelaki

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Sumber