Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok dimana memaparkan detik cemas yang dilalui oleh keluarga pemilik video, Amiera Baharom apabila anak sulungnya bertindak ‘melempar’ adiknya yang masih bayi.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat anak sulungnya, Amilia mengambil adiknya, Amina yang berada di dalam ‘stroller’. Menyedari hal itu, suami Amiera bergegas mahu mengambil semula Amina tetapi Amilia bertindak melempar adiknya ke lantai.

@amierabaharom

Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Lantaran itu, Amiera memaklumkan bahawa anak sulungnya itu mempunyai masalah ‘mild autism’ dan berkemungkinan itu adalah salah satu punca mengapa dia berbuat demikian. Tambahnya, anak bongsunya iaitu Amina berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang luka.

“Kami akui silap kami sebab letak Amina dekat situ. Benda nak jadi, kami semua tak jangka semua ni. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia.” ujar Amiera.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mendoakan agar Amiera sekeluarga diberi kekuatan untuk menjaga anak istimewa serta lebih berhati-hati kelak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Bekas Lokasi ‘Shooting’ Filem Senario, Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Resort Mewah Yang Terbengkalai

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh