Sekitar awal pandemik COVID-19, negara China khususnya bandar Wuhan antara yang menjadi lokasi utama penemuan wabak ini sebelum mulai merebak ke serata dunia.

Dalam pada itu, kesan lockdown yang ketat dan besar-besaran yang dijalankan berjaya membuatkan negara yang pernah merekodkan kes tertinggi ini berjaya mencatat angka kes COVID-19 yang rendah. Hal ini sekaligus turut membuka peluang dalam membuka semula sektor bisnes yang terpaksa ditutup sewaktu lockdown.

Sumber: NST

Di sangka kes tidak lagi meningkat, perkara sebaliknya berlaku pada China setelah dua tahun selepas kembali mencatat angka kes yang tinggi mencecah lebih 5,000 kes sehari pada minggu ini di mana majoritinya berada di wilayah Jilin dan Shenzhen sekaligus terpaksa dikenakan lockdown.

Perkara yang berlaku turut membuatkan beberapa syarikat di China terdiri daripada Toyota, Volkswagen serta Foxconn selaku kilang penyedia barangan Apple terpaksa mengehadkan operasi yang secara tidak langsung bakal memberi kesan besar kepada penawara produk kelak.

Lebih parah, difahamkan lockdown yang dijalankan di beberapa buah lokasi di China ini turut memberi kesan kepada hampir 30 juta individu di China.

Sumber: Nikkei Asia

Dilaporkan penduduk yang dikenakan lockdown telah dihalang untuk keluar dari wilayah mereka manakala individu yang mempunyai urusan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak polis.

Mengulas mengenai pembukaan kilang, Volkswagen memaklumkan pihak mereka bakal membukanya semula pada Khamis ini manakala pihak Toyota masih belum mempunyai tarikh bagi membuka semula kilang dalam menghasilkan komponen kereta keluaran syarikat berkenaan.

Tular pada minggu ini apabila Rusia dilaporkan mahu tinggalkan angkasawan Amerika Syarikat di ISS gara-gara dikenakan sekatan ekonomi.

Gara-Gara Dikenakan Sekatan Ekonomi, Rusia Ancam Tinggalkan Angkasawan Amerika Syarikat Di ISS

Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan