Belum sempat wabak COVID-19 reda, nampaknya sebuah lagi penyakit baharu yang sudah menyerang hampir 75 negara iaitu wabak monkey pox atau cacar monyet.

Terbaharu, selepas merekodkan lebih 16,000 kes seluruh negara serta menjadi punca lima individu maut, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

Sumber: the globe and the mail

Difahamkan keputusan ini dibuat meskipun tidak mendapat sokongan majoriti ahli WHO di mana sembilan individu menolaknya manakala enam individu bersetuju dengan keputusan yang dilakukan. Keputusan ini diteruskan selepas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan isu yang berlaku merupakan masalah kesihatan global.

Dr Tedros turut melabelkan wabak cacar monyet ini masih belum diketahui sepenuhnya bagaimana wabak ini merebak. Setakat ini, terdapat dua jenis vaksin telah digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami simptom wabak cacar monyet namun masih belum ditawarkan buat orang ramai sepenuhnya.

Sumber: newsweek

Dilaporkan Thailand dan Singapura kini sudah mempunyai rekod di mana terdapat individu yang dijangkit wabak cacar monyet setakat bulan ini dan bulan lalu. Diharap wabak ini tidak menular sekaligus menjadi pandemik yang bakal memberi kesan besar kepada orang ramai.

Sebelum ini, Bill Gates antara individu terawal yang memberi bayangan mengenai kehadiran wabak terbaru selepas COVID-19.

Bukan Sahaja Pandemik, ‘Amaran’ Bill Gates Mengenai Serangan Cacar Turut Jadi Kenyataan

Wabak Cacar Monyet Dikesan Di Singapura, Pesakit Alami Demam Dan Ruam

Wabak Cacar Monyet Mula Merebak Di Eropah, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu