Anda sudah penat set jam berulang kali tetapi masih gagal untuk bangun pagi? Apa kata anda cuba aplikasi jam penggera ‘Alarmy’. Jam penggera yang menggunakan cara yang agak menjengkelkan untuk mematikan penggera menyebabkan aplikasi ini agak berkesan untuk membangunkan pengguna yang sering meminta masa tambahan 5 minit untuk bermalas-malasan.

alarmy

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi ini menawarkan beberapa cara untuk mematikan penggera dan mempunyai tahap dari mudah hingga paling susah untuk mematika penggera.

Antaranya ialah pengguna dikehendaki untuk menjawab soalan matematik untuk mematikan penggera. Berdasarkan percubaan kami, boleh dikatakan soalan matematik yang diajukan boleh tahan mencabar. Lebih-kebih lagi apabila diselesaikan ketika baru sahaja terjaga daripada tidur. Tidak hairanlah mengapa aplikasi ini diikiraf sebagai aplikasi paling menjengkelkan oleh pengguna.

alarmy2

Anda boleh mencuba sendiri keberkesanan aplikasi ini dengan memuat turun aplikasi ini di AppStore dan Google Play.