Sebelum ini, berlaku konflik apabila pengarah tidak dapat menerima kritikan filemnya kurang berkualiti sehingga membuat laporan SKMM. Berbeza pula dengan berita yang tular baru-baru ini apabila filem yang didakwa berkualiti tidak dibenarkan tayangannya di sebuah stesen TV berbayar.

Hal ini disuarakan oleh mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Syahadan itu sendiri. Menerusi perkongsian tersebut, filem terbabit dikatakan ditolak untuk penayangan di stesen TV berbayar kerana diklasifikasikan sebagai 18SG dan tidak sesuai untuk ditayangkan.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Astro reject dgn alasan "Not Fit For Astro First". Ini alasan mudah utk membenamkan filem yg mengangkat martabat dan…

Posted by Anuar Abdul Rahman on Sunday, August 29, 2021

Filem syahadan Astro reject di tayangkan sbb kerana 18sg… terlalu menakutkan dan real untuk di tngok…sampai bila…

Posted by Masria Lamassa on Tuesday, August 31, 2021

Lantaran itu, isu tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama sekali penggemar filem tempatan yang sudah lama menantikan karya berkualiti. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kecewa kerana tidak dapat menyaksikan filem tersebut ditayangkan sedangkan sudah lama menantikan ia.

Mana tidaknya, filem aksi tersebut turut dibintangi oleh pesilat negara, Muhammad Al-Jufferi Jamari yang pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali. Malah, para netizen turut memberikan cadangan agar filem ini cuba nasib agar boleh ditayangkan di Netflix.

Screenshot 2021-09-02 at 3.01.03 PM

Screenshot 2021-09-02 at 3.01.36 PM

Untuk pengetahuan anda, filem ini mengetengahkan aspek budaya pengamal ilmu Silat yang merangkumi falsafah hidup, adab, adat, aksi tempur, permainan senjata dan juga latihan berkaitan Silat. Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar.

Lalu, ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan. Maka bermulalah pelbagai cabaran yang ditempuh oleh Omar mempelajari ilmu Silat dan berdepan dengan kumpulan penjahat. Adakah anda mahu menonton filem penuh aksi ini jika ia ditayangkan?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Melenting’ Filem Belaban Hidup Dikritik ZhafVlog, Tindakan Pengarah Ini Lapor SKMM Curi Tumpuan Ramai

‘Semalam Bila Rosak?’- Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

Al-Quran Dikoyak Dan Tinggalkan Najis, Perbuatan Khianat Di Surau Ini Buat Netizen Bengang

Anda Mungkin Suka