Nota Editor:  Semalam Vocket telah berkongsi 10 Nasihat Terbaik Untuk Zahra Dan Generasi Muda Malaysia Tentang Duit (kami akan berikan link di bawah). Hari ini kami ingin kongsikan pula pandangan Bendahara Alam Warisan, seperti yang telah diterbitkan di akaun Facebook beliau. Harapan kami semoga ada yang dapat dipelajari dan dijadikan iktibar dari pandangan beliau ini.

Saya Zahra, lambang pemikiran anak Melayu hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya ada beberapa perkara yang saya tak bersetuju dengan Zahra yang kononnya mewakili pemikiran rata-rata anak muda hari ini. Kami anak muda berfikiran sebaliknya.

Nama saya Zahra:
1. Lambang pemikiran mahasiswa biasa. Keluar belajar universiti makan gaji. Benda lain takde. Banyak kot benda lain nak buat selain makan gaji. Job is just over broke.

2. Cari ilmu, lanjutkan pelajaran tapi tak pernah ilmu tentang kewangan, mengkaji pengurusan kewangan dan bagaimana untuk membina perniagaan sebagai kerjaya.

3. Anak Melayu yang bertongkat dan masih memerlukan bantuan. Sedih

4. Ketidakmatangan berfikir dan survival hidup yang rendah. Takde ikhtiar di luar kotak. Kira anak orang senang sebab bapa boleh provide kereta nak gi kerja.

5. Jadi lawyer tak bermaksud kita bijak dan harus dipandang tinggi. Ko kena ingat dik, IQ tak menjamin apa apa. EQ dan street wise yang utama. Ini kunci kejayaan orang hebat-hebat.

6. Mak cik jual goreng pisang dan jual nasi lemak pun lagi tinggi simpanan dari lawyer macam Zahra. Sebab mak cik ada street wise dan ada rutin dan ada compounding income. Hidup makcik jual goreng pisang is per day not permonth.

7. Zahra, segulung ijazahmu bukan kunci tanda kamu sudah berjaya. Menerima ijazah hanyalah sebagai permulaan hidup kau didunia yang mana selama kau belajar di sekolah dan universiti kau tak pernah belajar dari sekolah dan universiti kehidupan.

8. Kerja kau di universiti hanya pergi kelas balik, pergi kantin dan pergi makan. Benda lain ko tak ambil port. Macamana kau nak develop networking dan juga soft skill hang. Cakap pandai action tarak. Bila kau dah grad jaringan kawan kawan ko tak luas pun.

9. Masa belajar ko tak kesah pun nak kenal budak course lain dan pemimpin pemimpin pelajar yang lain. Syndrome 3K. Yelah kau kan lawyer apa kelas campur ngan budak lagi rendah dari course kau kan (peel budak lawyer memang macam ni, mereka rasa mereka yang paling otai.

Keduanya budak Engine. Tapi Engine ni kalau boleh masuk memang geng habis). Budak engine jangan sentap. Yelah aku masscomm aja. Budak lawyer jangan la marah. Aku nampak kebanyakkanya macam ni. Ramai juga yang baik-baik  (ramai kawan aku lawyer dalam ni). Buzze Azam, Mirdalini Faliq and all I love you guys ok, peace ok. Jangan saman gua.

10. Saya bukan lah nak balun Zahra tapi ini mentaliti kebanyakkan mahasiswa hari ini. Mentaliti manja dan kurang semangat juang. Spoon fed syndrome.

11. Kau kata kau Islam tapi yang kaya kat Malaysia ni Cina je semuanya sedangkan tuntutan dalam Islam adalah untuk kita kaya. Apakah kau tidak beriman sebenar-benar beriman bahawa rezeki itu ditangan Allah.

Cina usaha Cina dapat. Melayu usaha Melayu dapat. Alasan Cina bagi rasuah harus dibuang jauh-jauh kerana itu hanya alasan bodoh tuk tak nak mengakui kelemahan kita.

12. Zahra, apartment mahal mahal tu untuk kamu, untuk semua anak Melayu yang bangkit dari tidur. Kalau kau pecahkan kepala kau, minda kau, cari ilmu dan ada kekuatan kau akan boleh beli semua apartment dekat KL tu. Tapi kau kena ada kekuatan dan networking.

Kekuatan itu duit? Bukan Zahra, kekuatan itu adalah ilmu dan hubungan kamu sesama manusia.

13. Anak muda akal kena panjang. Jangan senteng dan lemah sangat sampai merempat di tanah sendiri. Jangan gemuk lembab dan tak mampu bertindak tangkas luar dari kebiasaan.

14. Zahra. Kalau kau ikut terus sistem yang ada ni, kau lagi duapoloh tahun sama aja Zahra. Kau tak akan mampu nak pencen dan berehat pun. Kalau kau nak hidup kau berubah Zahra, kau ubahlah sekarang.

15. Zahra, kedai buku banyak. Billionaire tulis buku untuk share pengetahuan dia dengan kau. Kau baca novel cinta aja macamana nak berjaya. Zahra, ada tempat special dalam kedai buku namanya self improvement. Itu yang kau kena duduk belek satu satu. Kau Google top 10 best book to improve yourself, jangan Google cari tudung dan shawl aja.

16. Zahra, bila kau nak sedar sebenar sedar bahawa dunia ini mudah dan adil, tiada sapa akan mengianaya kamu melainkan diri kamu sendiri. Percayalah Allah itu ada. Nak ubah nasib kau bukan kerajaaan tapi diri kau sendiri.

17. Zahra payah juga nak dapat lelaki kaya so kau kena kumpul harta kau baik baik dan carikah lelaki yang beriman (ni saya saja je ni)

18. Zahra, dulu aku lagi susah dari kau. Aku pernah makan sisa orang sebab aku takde duit, aku lapar. Masa aku makan sisa orang tu menitik air mata aku.

Aku terpikir juga macam kau, kenapa takde orang tolong aku? Kenapa kerajaan tak tolong aku. Kenapa abang-abang aku tak tolong aku.

Then aku duduk tepi tangga seven eleven tu aku sedar yang sebenarnya orang yang paling sesuai nak bantu aku adalah diri aku sendiri sebab hanya aku aja yang paham apa yang aku lalui.

Maka aku bangkit aku tanam azam untuk berubah. Saat aku tanam azam untuk berubah saat itulah bantuan Allah sampai kepadaku.

Satu demi satu jalan Allah buka. Aku betul betul bersyukur Allah tunjukkan jalan. Pendek cerita Zahra aku jadi jutawan umur aku 27.

Doa aku pada Allah swt simple je;

Ya Allah aku ingin kaya jadi jutawan ya Allah. Aku tak tahu pergi karaoke berpuluh ribu, tak reti minum arak dan aku tak tahu provide perempuan untuk jalankan business aku ya Allah. Aku tak tahu dan tak nak buat benda tu semua. Maka kau permudahkanlah jalanku ya Allah. Aku nak ubah nasib aku, keluarga aku dan anak bangsa aku.

Maka doa itu aku munajatkan hari-hari Zahra. Aku tak lupa bersedekah dan aku baca semua buku. Mana yang buang masa aku tinggalkan.

19. Zahra aku jadi millionaire dalam masa kurang 60 hari je tanpa loan bank tanpa loan kerajaan.

20. Zahra kalau aku budak masscom boleh buat kau lawyer tak kan tak boleh buat Zahra. Ko turunkan sikit poyo kau tu dan InsyaAllah Zahra, kau akan berjaya.

Aku miskin aku hina
Yang ada waktu ini hanya latihan untuk aku belajar bagi mengendalikan amanah lebih besar, negaraku Malaysia. Maksud sebenar hidup adalah kerja agama.

Anak Ledang 2124
Sarjan aka Bendahara Alam Warisan

Ps: sebelum kutuk saya kata ayat saya poyo dan bongkak, memang sengaja di buat ayat sebegitu agar sentap tu ada. Bagi anak Melayu yang masih lena, ramai anak Melayu lebih hebat dari saya.

zahra-3

Dan berikut pula adalah luahan Bendahara Alam Warisan tentang maklum balas pembaca dari pandangan beliau di atas.

Ya saya juga tertekan dengan GST, saya peniaga yang paling teruk kena. Kalau barang harian sikit aja terasanya. Cuba buat business lagi terasa. But apa jalan keluar kita?

Kita tak nak, kerajaan tetap implement. Anak muda kena ada set skill yang baru. Kena treat universiti macam pra-pekerjaan. Masa belajar tu dah mula kena belajar memahami dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

To whine and to ask help from government. Can u believe how many anak muda yang government kena bantu?  Allah, its time to wake up buckle up and be a part of the world.

zahra-1

400 lebih komen baru ada 1 manusia yang tanya ‘how not to be like Zahra’. Bayangkan berapa punya lama saya nak tunggu tu.

Orang yang positif akan lihat dari sudut positif sebab saya tegur tu Zahra yang ada dalam semua jiwa anak muda. They need money management.

Dan Bendahara Alam Warisan juga sempat berkongsi mengapa hanya 10% sahaja dari populasi manusia  yang berjaya.

zahra-4

Satu teori aja yang saya nak buktikan betul dan nak share di sini.

90% akan mengutuk, 10% akan positif. Dalam dunia, yang berjaya hanya 10%, lagi 90% biasa-biasa.

Kerana apa?
Kerana pola pemikiran manusia. Barang sesiapa yang berfikiran positif mereka akan berjaya. Yang berfikir negatif biasa-biasa.

Kerana manusia punya hati. Dalam hati ada 50,000 ketukan secara purata.
Dalam 50,000 ketukan tu hanya 5000 sahaja yang positif iaitu untuk makan, untuk minum, untuk pakai baju bila keluar, untuk bagi kucing makan.

Most of it is negative thoughts. Barang sesiapa yg boleh memantau ketukan hatinya maka dia akan menjadi manusia yang berjaya.

And guess what makes it too much negativity dalam ketukan hati manusia?

Ini adalah adanya nafsu dan syaitan. Menarik kan? Tak lawan nafsu dan syaitan ni kita tak akan berjaya. Nak berjaya kena solat jemaah 5 waktu sehari semalam. Itu sebab azan ajak manusia menuju kejayaan. Nampak tak setan tak akan mahu manusia menuju kejayaan (bersolat)

Akhirnya jadi la macam hari ni. Best kan kaitannya?

Saya nak tengok usaha nak selamatkan anak bangsa ni boleh buat atau tak. Sebab benda yang perlu direvolusikan untuk tahun 2020 adalah pola pemikiran manusia. Namanya revolusi minda. You change their mindset you will get great nations.

Abdullah senu wrote a book about revolusi mental. Takde sapa pun nak baca. Hehehe tapi nak berjaya nak berjaya gomen kena tolong. Diri sendiri tak mau tolong.

Dalam Al-Quran allah dah sebut dah, tak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

BACA: 10 Nasihat Terbaik Untuk Zahra Dan Generasi Muda Malaysia Tentang Duit

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram